SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, September 22, 2012

makanan banyak hari khamis



hari ni hari sabtu kan. hari ni cik zira kerja, pergi sekolah dan mengajar seperti biasa ganti sekolah cuti raya syawal hari tu. tapi tak lama sebab ikut jadual hari jumaat.


tapi bukan nak cerita pasal hari sabtu. nak cerita pasal hari khamis sebab cik zira makan banyak sangat! macam-macam ada. rasa macam syurga makanan plak. hehe


pagi khamis tu cik zira pergi BBU sebab nak masukkan duit kelab guru dekat bank islam. terlanjur tu, cik zira memang dah lama nak makan mee wantan, terus pergi gerai sarapan yang macam-macam ada dekat BBU tu.


alang-alang, cik zira beli banyak terus. nak datang situ selalu kalau takde tujuan, memang taklah kan. jadi, cik zira beli wantan sup, wantan hokkien, soto nasi dengan mee kari. semua harga RM 5 sebungkus tapi memang penuh mangkuk besar dan makan sorang tak habis. puas hati lah.


balik terus makan wantan sup. bawa bekal gi sekolah mee kari dengan wantan hokkien.


pulak tu, bik ani masak sambal tumis ikan bilis petai. halamak hai, memang tergoda jiwa raga. pantang cik zira nampak sambal tumis pulak tu ada petai, memanglah berpinggan nasi cik zira makan.


kat sekolah makan, balik sekolah pun makan lagi sebab sambal petai ada lagi. bertambah-tambah nasi cik zira. memang terbaik sambal tumis petai bik ani!


 wantan sup

 mee kari

 wantan hokkien

 bekal kat sekolah

makan malam sambal petai lagi!



syurga betul makan hari khamis lepas. syurga sebab dapat makan mee wantan, mee kari dengan sambal petai! terbaik!!


esok pula ada majlis aqiqah baby BFF cik zira, kafeel afeef lepas asar. cik zira pergi awal nak tolong pape yang patut dan rindu nak jumpa baby kafeel. mesti dah tembam. dapat makan lagi. hehe





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 21 september 2012 10.35 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails