SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, October 26, 2012

cuti untuk berehat dan makan



salam Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat


alkisah. chenta hati 1 cik zira dah pun pulang pukul 4 petang tadi naik bas. dari hari selasa dia lepak umah atok ni dengan kakak Merah dia. amek dan hantar cik zira pergi sekolah. terima kasih ye chenta hati 1. nak belanja makan dia tak nak. makanan pun banyak kat umah ni. lepas lah rindu. hari tu chenta hati 2 balik. lepas tu chenta hati 1 plak balik.


ok, kisah aidiladha cik zira. semalam, bik ani dah mula masak. nasi jagung, ayam sambal dengan kari daging. hantar dekat surau buatkan doa selamat untuk cik zira. abah suruh buatkan, bik ani tolong masakkan, chenta hati 1 tolong hantarkan kat surau. terima kasih banyak-banyak. terima kasih kepada jemaah surau yang mendoakan untuk cik zira.


 nasi jagung

 ayam sambal

 kari daging

bungkusan untuk jemaah surau



semalam makan banyak kali. nasi je makan 3 kali. lepas tu malam pergi hantar nasi dekat umah mak leha makan laksa johor plak. seronok betul.


untuk hari ni lagi best. penuh makanan atas meja. sarapan roti jala dengan kari dan ayam sambal. ada nasi tomato, nasi lemak, sambal tumis, sambal sotong, rendang daging, ayam goreng berempah, rendang ayam cili padi, nasi goreng, daging masak kicap. penuh meja. jadinya, kerja cik zira makan dan makan.


dan memandangkan sekarang kat JB ni cuaca panas je, jadi lepas makan walaupun panas bila baring je nak tido. mudah sangat nak terlelap mata ni. cuti kan, inilah masa nak berehat sepuasanya bak kata chenta hati 1.


cik zira pasti semua pun banyak makan kan. takpe, makan banyak-banyak. bukan selalu ada lauk penuh atas meja tu. hehe


sekali lagi, salam aidiladha buat semua.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 5.35 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails