SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, October 5, 2012

Hari Karnival SK Taman Cendana 2012



Sabtu lepas, 29 September 2012, telah berlangsungnya acara tahunan Karnival Usahawan yang meriah di sekolah cik zira, SK Taman Cendana, Pasir Gudang. karnival yang bermula seawal 7.30 pagi dan berakhir pada jam 5 petang itu mendapat sambutan yang memberangsangkan.


tugas cik zira menjaga duit dan menjual kupon karnival. rehat pun untuk makan dan solat. kupon cik zira beli pun nak dekat RM 30 berjaya dihabiskan. cumanya, tak dapat hadiah cabutan bertuah. terkilan di situ. padahal cik zira yang belikan hadiah tu semua. satu pun tak dapat. huhu


pelbagai gerai dan aktiviti menarik diadakan. makanan, permainan, pameran, derma darah dan macam-macam lagi. walaupun hujan sekejap, namun ramai yang setia menanti sampai ke hujungnya nak tunggu hadiah cabutan bertuah.









cik zira dan AJK tertinggi yang lain balik lambat sebab kira duit. habis kira duit pun pukul lebih. suamiku yang dah balik rumah amek cik zira kat sekolah dengan duit karnival tu. nasib baik selamat.


secara keseluruhannya, karnival 2012 berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya.


lepas ni uruskan majlis terakhir 2012. lepas tu letak jawatan sebagai bendahari kehormat. penat dah hari-hari kira duit  ;)





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 3 oktober 2012 8.57 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails