SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, October 2, 2012

nasi goreng di LC Catering



ahad lepas, cik zira berjalan dengan suamiku. yelah, hari sabtu dari awal pagi sampai ke lewat petang cik zira di sekolah tinggalkan suamiku sorang-sorang dekat umah. jadi, ahad dan isnin kena luangkan masa yang ada sebaiknya sebab hanya 3 hari je suamiku balik berjumpa dengan isterinya dan si baby dalam perut.


keluar pukul 2 lebih petang dan masa tu baru hujan tapi nasib baik tak lebat. destinasi pertama ke poliklinik biosucinas di BBU untuk scan baby. bagi si abah dia tengok si baby dalam perut.


lepas dah scan terus ke KSL berjalan-jalan dan membeli barang sekejap. dah beli barang terus ke LC Catering je sebab dekat dengan KSL untuk makan sebab dua-dua dah lapar.


suamiku order nasi goreng daging Merah dan sirap bandung. cik zira pula nasi goreng paprik dan cappuchino ice blended. nasi gorengnya boleh tahanlah. portion memang banyak. semput juga cik zira nak ngabiskan.







tapaukan untuk rumah nasi serai dan kuey teow goreng untuk atok bik ani dan bik moi.


kalau suamiku balik pun dalam 2-3 hari sahaja. itu yang nak spend time tu mesti ada makan-makan dekat luar jugak dan jalan-jalan sikit. yang selebihnya berehat dekat rumah je. yelah, bukan selalu dapat jumpa. ini pun dah nak 2 bulan baru dapat jumpa balik. lepas ni bulan sebelas plak jumpa lagi sebab bulan 10 cik zira sangat sibuk nak dekat tutup sekolah kan. jadinya, november cuti sekolah lah nanti baru suamiku balik jb lagi.


tak kisahlah. sekurang-kurangnya masih dapat berjumpa walaupun tidak kerap. inilah namanya perhubungan jarak jauh. Insya Allah mana tahu pertengahan tahun depan dapat tukar ke Penang. berdoa sahajalah. Amin.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 1 oktober 2012 9.53 a.m.

2 comments:

cik chinta said...

smla. tp kt selagi x cuti sek slgi tu x jupe. bulan nov ni br jupe la.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...


hari tu last jumpa awal puasa. ni baru jumpa balik. bulan depan jumpa lagi. tapi lamalah nak kena tunggu. nasib kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails