SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, October 12, 2012

tali pinggang di perutku



walaupun sudah jejak ke 24 minggu nak masuk 25 minggu usia kandungan cik zira, tetap takde sorang pun anak murid cik zira yang tegur teacher mengandung ea. takde. cik zira tunggu jugak sapelah yang akan tegur dulu. tapi memang takde. ke dorang rasa perut teacher memang buncit. ini mesti sebab masih pakai baju kurung dan perut ala nampak tak nampak. 


tapi ramai yang kata perut kecik. mungkin sebab anak pertama. dan mungkin jugak perut nipis dan masa sebelum mengandung dulu memang perut takde sangat. banyak kemungkinannya. dan mungkin juga mula trimester ketiga nanti baru perut akan nampak jelas. mungkin.


tapi, bila bawa kereta, pakai tali pinggang tu nampak macam dah tersekatlah jugak. tak boleh bayang bila perut membesar nanti. dah tak boleh kot pakai tali pinggang ek. macam tak selesa je rasanya. tengok gambar kat bawah ni.






rasa macam minggu ni je last nak pakai baju kurung. tak pun selang seli baju kurung dengan maxi dress yang ada. sebab kain baju kurung tu dah memang pakai atas perut dah. baju sume ok lagi.


oh, minggu ni cik zira batuk. hari rabu amek MC, cuti tak gi keje. batuk teruklah. dulu masa tak ngandung tak pernah pun batuk teruk sampai macam tu. sian baby dalam perut. perut pun jadi sakit sebab asik batuk je. semoga cepatlah baik. selsema teruk dah baik, batuk pula. kena bertahan jelah dan doa cepat baik. Amin.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 11 oktober 2012 10.20 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails