SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, November 16, 2012

Jamuan & Mesyuarat Akhir Tahun 2012 - Suasana



cik zira nak kongsikan sekitar Majlis Mesyuarat dan Jamuan Akhir Tahun SK Taman Cendana 2012 di TS Hotel, Scientex rabu lepas.


cikgu-cikgu semua mula mendaftar seawal jam 7.45 pagi dan majlis bermula dengan mesyuarat jam 8.30 pagi. majlis berakhir jam 1.30 petang.


biasalah kalau dah namanya makan di hotel, walaupun hotel kecik, tetap nak bergaya sakan cikgu-cikgu sekalian. dan cik zira plak disebabkan baju tertinggal kat umah. terlupa dah gantung nak bawa masuk dalam kereta, maka kena pinjam baju dan tudung kak ida. nasib muat. terima kasih kak ida ye. 




 nampak tak may buyung kat mana?







 selamat berpisah kak sal, kak aida dan kak pah

 orang kuat majlis - hilmi dan bos PENDITA 2012 Redzwan






keseluruhan berjalan dengan lancar. dan AJK PENDITA 2012 pun telah selamat dibubarkan. cik zira sebagai Bendahari tahun 2012 ini pun dah rasa lega sebab dah tak pegang lagi duit orang banyak-banyak lepas ni. beban dah berakhir. alhamdulillah.


seronok sangat bila dapat berkumpul makan bersama setelah setahun bekerja keras dan sedih juga sebab berpisah dengan guru-guru yang berpindah. dah tak dapat jumpa tahun depan.


sekarang dah mula bercuti. kena rehat puas-puas. 28 disember dah masuk kerja balik untuk sesi 2013. sekejap je setahun berlalu. moga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Insya Allah.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 15 november 2012 4.20 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails