SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, November 2, 2012

Sukan SK Taman Cendana 2012



Alhamdulillah, pada Rabu lepas, telah berlangsungnya Sukan Tahunan sekolah cik zira bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 1.30. cik zira menjadi pengacara majlis dan macam biasa suara cik zira akan kedengaran satu padang memberi sorakan kepada pasukan hijau.


cikgu-cikgu lain dah tegur-tegur dah, "hazirah, kang terberanak kang." mahu tak, suara cik zira memang kuat. tak payah pakai speaker ke apa, satu padang boleh dengar. maklumlah, semangat sukan yang tinggi. bab sorak memang takde sape boleh lawan suaraku. hehe


tahun lepas cik zira rumah Merah, dapat nombor 2 tak silap. tahun ni rumah merah nombor satu, cik zira rumah hijau nombor 3. bolehlah, janji bukan akhir sekali.


gambar memang tak amek. duduk bawah khemah pegang mic dan time bersorak ke padang jerit sepuasnya. nasib baik si baby duduk diam-diam je. mesti si baby kata ibu dia ni bukan main. takpe baby, nanti kalau awak men sukan, suara ibu ni lah yang awak akan dengar tau


tahniah buat semua pemenang. tahniah kepada semua guru kerana menjayakan sukan kali ni dengan jayanya dan semua kali ni memakai t shirt berwarna kuning.


sukan selesai. isnin ni English Day plak. lepas tu Hari Anugerah plak. walaupun dah nak tutup sekolah, tapi kerja masih banyak lagi ni. belum boleh fikir nak cuti lagi. huhu





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 1 november 2012 8.52 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails