SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, December 31, 2012

check up 36 weeks



sekejapnya!!!
dah 9 bulan si baby dalam perut cik zira. sebulan lagilah kiranya kalau ikut jangkaan doktor yang katanya baby akan keluar 26 Januari 2013. takut tapi sebenarnya lagi tak sabar dan teruja nak tengok baby sendiri. macam manalah agaknya rupa anak ibu yang sorang ni. yang aktif gerak sana sini terutama masa cik zira tengah makan dengan masa nak tido. dia punya gerak, fulamak, macam swimming pool je ada dalam perut ni ha. hehe


di hari terakhir di bulan terakhir tahun 2012 ni, cik zira kena pergi klinik awal pagi macam biasa sebab temu janji pukul 8 pagi. selalu kalau pukul 8 pagi, kul 7.30 paling lambat cik zira dah sampai klinik ibu & anak kat kg melayu tu. nak balik cepat.


tapi, disebabkan hari ni kerja, masih ada mesyuarat dan kerja pengurusan yang belum selesai, makanya lepas  habis check up terus shoot ke sekolah yang nun jauh di Taman Cendana, Pasir Gudang. dah sarat-sarat ni, memang bercinta betul lah nak drive gi sekolah. jauh sangat rasanya. semua dah suruh stand by letak beg dalam kereta terus takut emergency pape, tapi beg masih dalam bilik tak bawa masuk kereta. huhu


perut pun dah besar. harap baby sihat sempurna ye sayang. ibu setiap hari setiap waktu doakan untuk awak. tak lama je lagi ibu dapat jumpa peluk cium anak ibu yang sorang ni. sama-sama doa k anakku semoga semuanya dipermudahkan. ada suami pun suami jauh macam takde suami je, nak tak nak kena selalu berdoa dan bertawakal semoga semuanya selamat. Amin.


eh, sebelum tutup entry, cik zira letak gamba cik zira yang dah makin membesar dengan jayanya ni k. masa ni si baby 8 bulan lebih.



si ibu yang comot dari awal sampailah sekarang. 
tak suka bersolek, tak suka cantik, tak suka wangi-wangi




lepas baby lahir, kena fikir nak turunkan berat kembali kepada asal plak. tu fikir nanti-nanti. bagi baby selamat keluar dulu.


cik zira juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tinggal 2012 yang penuh makna dan Selamat Datang 2013 yang pastinya lebih bermakna, Insya Allah.





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 disember 2012 8.35 a.m.

3 comments:

Asyraf Arif said...

selamat bersalin ! baby 2013 ! :D

Anna R. said...

Semoga selamat semuanya cik zira ! :)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...



Amin. terima kasih ye kamu-kamu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails