SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 1, 2013

oh, pekasam!



SELAMAT TAHUN BARU 2013. baiklah, mari cik zira mulakan entry di tahun baru ni dengan cerita makanan dan makanan yang nak diceritakan ni ialah IKAN PEKASAM. ha, class tak tahun baru cerita pasal ikan pekasam. hehe


cik zira tahu je abah nak balik uma atok 2 minggu lepas masa krismas tu, terus mengidam nak makan ikan pekasam. pekasam tempat abah sedap. seronok sangat bila dapat bungkusan ikan pekasam tu. ada 2 bungkus.


tapi, kena sembunyikan dari atok sebab nanti darah dia naik. tapi, atok ni dia selongkar juga sampai jumpa. dia nak juga makan walau dapat rasa sikit. atok cik zira memang kuat ikan masin ni. tu bila dia bau je, nak jugak dia makan.


2 hari berderet cik zira makan ikan pekasam ni. tinggal sikit pun nanti abah yang habiskan. sedap sangat ikan pekasam. makan dengan nasi panas dengan kicap pun dah selera sangat dah!


terima kasih abah dan mama bawakan ikan pekasam untuk cik zira. seronok bila dapat makan, macam makan ikan biasa je.


aduhai, sedapnya!



oh, pekasam!!




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 disember 2012 8.48 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails