hari kedua di tahun 2013. cik zira dah mula bertugas pada 28 disember lepas. hari jumaat dan sabtu kena datang sekolah untuk mendengar mesyuarat hal pentadbiran. semalam dan hari ni juga masa bertugas dan bekerja di sebelah pagi.
esok, bermulalah sesi persekolahan anak-anak semua di tahun 2013. dan cik zira pun mula bekerja seperti biasa keluar rumah pukul 11 pagi dan balik sampai rumah pukul 7 malam kalau jalan tak jam.
hari jumaat lepas dah dapat Buku Rekod Mengajar dan Register. cik zira menjadi guru kelas Tahun 3 Dedikasi. dan bersyukur sangat sebab tahun ni mengajar semuanya subjek Bahasa Inggeris. tak macam tahun lepas ada muziklah ada seni visual lah. tahun lepas memang serabut terutama bila akhir tahun nak kena lengkapkan fail KSSR tu ada 6 kelas semuanya. fuh, semput.
kelas-kelas yang bertuah cik zira ajar tahun ni ialah kelas 3D, 2B dan 1F. Insya Allah cik zira akan praktikkan cara kawalan kelas dan cara mengajar seperti mana tahun-tahun sudah. semoga 3 kelas ni ikut arahan dan peraturan yang cik zira tetapkan setiap kali cik zira masuk kelas.
Buku Rekod Mengajar dengan Register tu, mana yang cik zira boleh siapkan, cik zira akan cuba siapkan. buku teks tahun 3 sebanyak 15 buah setiap seorang dapat yang kena cop sendiri pun alhamdulillah dah selesai sabtu lepas dengan bantuan cikgu hilmi. terima kasih ye hilmi.
jadinya, mana-mana kerja terutama hal kelas 3 Dedikasi yang perlu dan sempat cik zira siapkan, cik zira akan usaha bagi siap sebelum baby keluar. tak nak bebankan sangat mana-mana cikgu yang akan gantikan cik zira nanti. tapi, harap sangat cikgu yang tolong gantikan tu jaga buku rekod dengan register cik zira elok-elok macam mana cik zira jaga.
risau jugak nak cuti lama ni. risau dengan kelas 3D. risau dengan 3 kelas yang cik zira mengajar. dahlah subjek teras. tak sampai hati nak cuti tapi kena juga sebab baby nak keluar nanti, kena pantang lagi. takpelah, semoga anak-anak cik zira 3 kelas tu dapat belajar dengan baik. tapi, cuma tulah. nanti buku-buku semua tak bersemak, tak teratur macam sistem cik zira. aduhai, risaunya.
inilah kesan bila nak melahirkan anak awal tahun. memang banyak nak dirisaukan. kalau hujung tahun takpe, orang dah tahu macam mana cik zira bekerja, sistem yang cik zira amalkan. ini awal tahun, kalau dapat cikgu ganti yang sama macam cik zira takpe, kalau yang terpaksa, buat cincai, habislah cik zira. huhu
takpe, sekarang ni kena fokus siapkan mana yang perlu dan patut. nanti nak bersalin, nak bercuti dah tak payah fikir banyak sangat. yang risau-risau semua tu, takpelah, nak buat macam mana kan. dah terpaksa.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 disember 2012 9.05 a.m.
No comments:
Post a Comment