SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 3, 2013

Merah berganti Merah



dah masuk disember 2012, cermin mata kesayangan cik zira yang semestinya berwarna Merah tercabut bingkainya. besinya dah rapuh. bingkai yang belah kanan. sementara nak buat yang baru, cik zira guna salotape warna Merah bagi dia sambung balik.


untuk beberapa hari pakai cermin mata ni dengan sebegitu rupa




dan masa chenta hati 1 balik krismas tu, cik zira ajak temankan buat cermin mata baru. pergi kedai kegemaran cik zira dekat Jusco Tebrau tu, A-Look Eyewear. suka sangat kedai tu sebab banyak pilihan cantik dan harga memang berpatutan. bingkai yang warna Merah pun banyak. tu yang suka. memang dari dulu buat cermin mata dekat kedai A-Look.




sampai je kedai tu, suruh dia check kan, boleh betulkan lagi tak yang tercabut bahagian besinya tu. dia check rekod dulu sebab nak tengok masih ada warranty ke tidak. lepas tu dia kata dah takde warranty sebab nak dekat 2 tahun dah pakai. alkisah. lama rupanya dah cik zira pakai spek tu. padahal rasanya baru buat entry cerita pasal cermin mata baru. lepas tu bila tanya boleh betulkan tak, dia kata memang tak boleh sebab alat ganti besi tu dah takde. 


takpelah. memang cik zira nak buat yang baru pun. maka pilihlah bingkai yang berkenan dan wajib Merah!


 beg yang comel

 bekas dan cermin mata yang juga comel

yang lama dan yang baru. Merah berganti Merah




set bingkai dan cermin dengan power berharga RM 138 sahaja. cik zira pergi amek lepas balik kerja hari jumaat lepas. dah dapat cermin mata baru. tapi, yang lama tu simpan lagi elok-elok dalam bekas sebab kalau emergency ke masih boleh guna cumanya kena tampal dengan salotape merah lah.




sape yang nak buat cermin mata rabun kan, cik zira memang cadang pergi cari A-Look Eyewear ni. memang best sebab banyak bingkai stylo dan harga memang berpatutan. servis pun best! farid kamil pernah jadi jurucakap untuk A-Look tak lama dulu.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 disember 2012 9.28 a.m.

2 comments:

Rina Ellisa said...

spek mata sy pon bersolotip hitam sekarang ni.. sebab bingkai warna hitamm.. hihi.. :P

Aiza Haris said...

hahaha...siap selotip merahhh lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails