masa pergi amek cermin mata baru dekat Jusco Tebrau tu, alang-alang kaki terus melangkah ke Dunkin Donuts sebab teringin nak makan sandwichnya. belum pernah rasa lagi. pernah nak beli dekat Larkin Sentral tapi masa tu tak cukup barang plak. tak dapat beli.
masuk je terus tengok menu set yang ada sandwich. amek yang lunch set tak silap. ada iced coffee, 1 donut dengan sandwich berharga RM 13.55.
tapau bawa balik. sandwich nya cik zira pilih chic mayo. balik umah rasa sikit, lebihnya jadikan makan malam. donut je tak makan sebab perut dah kenyang sangat.
rasa sandwich? ok, sedap. roti croissant dia pun sedap. kalau amek ala carte, cik zira tengok harga pun ok, tak mahal. dalam RM 8 ke belas-belas macam tu, tengok sandwich apa lah.
dapatlah juga akhirnya merasa makan sandwich dekat dunkin donuts. selalu makan sandwich subway je.
oh, alkisah. disebabkan penangan iced coffee tu, cik zira satu malam tak tido lepas tu kepala memang pening sangat sampai berpeluh-peluh. dah tahu teh dengan kopi tak boleh minum, gatal jugak nak minum. dah sedap kan, tu yang sedut je sampai habis.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 disember 2012 9.52 a.m.
1 comment:
dh lama tak makan donat2 dn chic mayo dunkin donat ni.... peberetttt chic mayo
Post a Comment