SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 5, 2013

update check up 36 weeks



isnin lalu, 31 disember, cik zira kan pergi klinik untuk check up. si baby dah 36 weeks. cukup 9 bulan. alhamdulillah, baby ok. cuma ibu baby je, darah cair. kena jaga-jaga. berat pulak dah 64KG. hulamak, dah banyak kilo dah naik berat ni. memang dah bam bam dah ibu si baby ni. tak tahu lah si baby kat dalam tu dah tambah ke belum beratnya. kalau nak ikutkan, berat cik zira dah 9 bulan lebih ni naik dalam 11 KG dah. banyak tu kan. tapi takpe, tak nak bagi risau, motivasikan diri dengan kata-kata akak-akak cikgu kat sekolah bila baby keluar je berat pun banyak turun sebab air, baby, uri semua dah keluar. Insya Allah. harap-harap dapatlah berat sebelum mengandung nanti.


barang pantang cik zira pun tak beli lagi ni. tak tahu nak beli apa. patutnya dah kena beli untuk berpantang nanti. Insya Allah, dalam masa terdekat cik zira beli. kena beli jugak kalau tak macam mana nak pantang betul-betul kan.


pergi ke sekolah bekerja macam biasa. hari ni pun ada sekolah, kena pergi sekolah. masih bawa kereta berulang JB-Pasir Gudang. setiap masa berdoa semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. pujuk baby jangan lah dia nak keluar kat sekolah atau masa dalam perjalanan. harap-harap dia baik dan nak keluar masa cik zira kat umah. Amin. suamiku jauh, di penang. memang berdikari habislah cik zira. dah biasa dah dan kena pasrah jelah dapat suami macam gitu, susah nak balik jumpa isteri. huhu


due baby 26 haribulan nanti. cik zira dah kena jaga-jaga je sekarang ni. bila-bila masa je sebenarnya kan si baby nak keluar jumpa ibu dia. semoga semuanya dipermudahkan. Amin Ya Allah.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 2 januari 2013 8.00 a.m.

1 comment:

eyqaaman said...

semoga kak zira selamat bersalin dan dikurniakan baby yg sihat..hehee :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails