sehari sebelum krismas, isnin lepas, chenta hati 1 yang balik umah atok menemani kakak Merahnya yang membuyong ni ke Jusco. cermin mata Merah kesayangan yang rupanya dah nak dekat 2 tahun bersama telah patah. besi sudah lama, tu yang patah. buat sementara waktu pakai dengan tape. kena buat yang baru sebab warranty dah habis.
sampai je buat cermin mata dulu. harus amek warna Merah jugak. kedai cermin mata kesukaan cik zira tentulah A-Look sebab bingkai dia stylo dan murah je pakej sekali dengan cermin.
lepas dah bayar cermin mata yang esoknya siap, terus ke pejabat pos nak bayar bil. amek nombor, nombor jauh lagi. pergi food court melantak sizzling yee mee dulu. lapar plak tetiba padahal kat rumah dah makan nasi. minum dengan mango ice blended yang sangat sedap. cik zira kan makan lambat. chenta hati 1 yang minum teh tarik je tunggu jelah sambil berborak. dah siap makan pun nombor tak sampai lagi. punyalah lambat sebab orang ramai betul kat pejabat pos tu.
boleh tahan rasanya. mee pun banyak.
tapi kuah kureng sikit, sedap lagi kuah tesco
lepas setel bayar bil, terus ke bawah masuk jusco nak beli sushi. beli sushi 1 je, beratur nak bayar punyalah panjang. aduhai, penat menunggu. dahlah sekarang ni nak berdiri dan jalan lama tak kuat sangat sebab dah mula sakit bahagian bawah. jadi, bila kena beratur lelama ni, tak larat betul. tapi, tunggu lah jugak sebab nak makan sushi tu. kalau tak kerana sushi, memang dah terus balik. sushi punya pasal. kali terakhir makan beberapa bulan lepas.
untuk makan malamnya
dah bayar, terus balik. chenta hati 1 ada date. terima kasih ye sudi temankan kakakmu ini walaupun katanya malu jalan dengan orang mengandung sebab dia kan nampak muda. bergurau sangatlah jeri oi! orang tengok rah ngan ko tak nampak macam laki bini pun, memang nampak kakak ngan adik. jangan risau.
dapat jugak luangkan masa sikit dengan chenta hati 1. dia balik tak lama. 3-4 hari je. bila balik mesti dia sibuk sangat banyak agenda. tapi, bila dapat luangkan masa sekejap pun cukuplah nak lepaskan rindu dan berborak-borak. nama pun kakak ngan adik,,, =)
tunggu suamiku balik plak, pinjam kereta dia sebab kereta auto dah tak larat nak bawa manual nak start keje dah jumaat ni.aduhai, jauhnya pasir gudang. baby, tolonglah keluar cepat!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 25 disember 2012 9.05 a.m.
No comments:
Post a Comment