SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, December 21, 2012

Tahniah Mye & Fiqa!



kredit kepada syira sebab MMSkan gambar kahwin fiqa dan mye kat cik zira. cik zira tak berkesempatan nak pergi majlis member maktab cik zira fiqa dan mye dan rakan-rakan maktab lain yang mendirikan rumah tangga disember ni. maklumlah, dah memboyot ni, nak jalan jauh tak berani dah, lagipun dah tak larat. memang ramai sangat member cohort 3 yang kahwin bulan 12 ni. alhamdulillah. tahniah juga buat member yang lain yang sudah selamat menamatkan zaman bujang.


fiqa gonde memilih warna kegemarannya iaitu warna kuning di majlis dekat rumahnya di chukai, kemaman. fiqa cantik sangat-sangat! hubby fiqa pun kacak. bilalah dapat jumpa member kesayangan cik zira ni agaknya.






mye pula memilih warna brown untuk majlis di sebelah hubbynya di kelantan. sweet sangat tengok mye dan suaminya, ehsan. 






happy sangat tengok member-member maktab cik zira yang berkahwin. rindu sangat dengan semua. dah banyak kali sangat mimpi member-member maktab. yelah, kitorang sama-sama 6 tahun suka duka. bila dah masing-masing kerja, dah kahwin dah ada anak, susah nak jumpa, jadi semua rindu-rindu je. kan best kalau ada reunion member maktab. tapi itulah, nak kumpulkan semua 76 orang mesti dah susah. tapi kalaulah dapat jumpa bawa suami isteri anak masing-masing, mesti seronok sangat.


kalau ada member-member maktab cohort 3 yang baca blog cik zira, cik zira cuma nak bagi tahu yang cik zira rindu sangat-sangat dengan korang. rindu bangat!





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 18 disember 2012 9.15 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails