SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 10, 2013

check in hotel.



suamiku sampai JB jumaat malam lepas. sekejap je. jumaat sampai ahad dah balik. hantar kereta untuk cik zira guna sebab kereta suamiku auto. kereta bik moi yang cik zira pakai selama ni kereta manual kena simpan dulu elok-elok sebab dah tak larat bawa jauh-jauh gi sekolah.


malam sampai pun borak kejap je lepas tu masing-masing tido. suamiku dah penat memandu dari Penang ke JB. cik zira pun kena tido sebab esoknya, sabtu kena gi sekolah, kena kerja.


sabtu malam tu masa maghrib suamiku ajak gi jalan-jalan. cik zira pun katalah, nak jalan mana, JB bukan ada tempat best pun nak berjalan. hehe. lagipun petang tadinya pun dah keluar dating.


sekali dia kata, jom tido hotel nak? yelah, dia kesian cik zira malam-malam nak tido kepanasan. sekarang ni dah masuk 37 minggu lebih, panas cik zira bukan main lagi. berpeluh-peluh. cik zira pun apa lagi, seronoklah. boleh tido ada air cond. 


" buah hati belanja ke?"


" yelah. jom siap."


cik zira pun mandi, solat maghrib. lepas tu check online jap mana hotel yang ada. cari yang murah je sebab nak tido sejuk je pun. tengok punya tengok berkenan dengan Rooms Boutique Hotel dekat johor jaya. bolehlah kan dengan harganya RM 128. terus ke sana. bawa apa yang patut je.


sampai sana dalam pukul 8 lebih. kejap je nak ke sana. bilik masih ada. terus check in. wah, bukan main seronok boleh tido sejuk. maklumlah kat rumah takde air cond, ada kipas je. tengok tv. suamiku pergi kedai tomyam kat bawah beli air, cik zira suruh tapaukan fresh orange. cik zira pun solat isyak dulu. 


tak lama lepas tu, suamiku tanya lapar tak. sebab petang tu kul 6 lebih kitorang dah makan kat rumah. suamiku makan nasi lemak sebungkus dengan bihun soto. cik zira pun makan bihun soto. tapi masa tu kul 9 lebih, 2-2 dah lapar balik. lagi sekali suamiku pergi kedai tomyam dekat bawah tu dia tapaukan nasi goreng daging merah. suamiku makan cepat je dah habis. cik zira makan sambil tengok cerekarama. sedap sangat nasi gorengnya. nasi banyak, daging masak merah yang sangat sedap cukup rasa pedas semua. patutlah harga RM 5.50 sebungkus. memang berbaloi.


tengok cerekarama sampai habis lepas tu tido. ngantuk. esok paginya bangun subuh lepas tu layan tengok tv. pergi turun sarapan dekat kafe sebelah hotel tu. turun lepas mandi kul 8 lebih. makan apa? biasalah, hotel biasa je, jadi makan pun biasa jelah. tapi nampak je biasa, nasib baik ada rasa jugak. cik zira makan bihun goreng, nasi lemak sambal, sosej, telur goreng. dah habis tu tambah makan bihun lagi. dah habis bihun makan roti bakar sekeping. lepak borak dengan suamiku dekat luar hotel tu.





naik bilik semula, lepak tengok tv je sampailah tiba masa untuk check out kul 12 tengah hari.


dapatlah spend masa bersama sebelum si baby lahir. lepas ni kalau nak check in hotel pun dengan si baby sekali.


hotel ni jenis boutique design. harga berpatutan. bilik yang kitorang amek tu jenis deluxe. katil queen. bilik kecik je tapi bolehlah selesa.


nama hotel ni Rooms Boutique Hotel dekat jalan ros merah 2/16, johor jaya. bangunannya warna ungu. kedai tomyam depan hotel ni memang sedap. rasa macam nak gi makan kat sana lagi tapi jauhlah plak nak gi sendiri.











kalau nak tahu lebih lanjut boleh KLIK SINI pasal hotel ni.


terima kasih wahai suamiku dapat tido sejuk 1 malam. hehe





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 7 januari 2013 10.26 a.m.

1 comment:

pelangi chenta said...

saya pernah sewa hotel nie time mula2 dibuka.time tue murah lagi.sekarang dah mahal.sederet dengan rooms boutique nie ada JSL.kt sini saya ambik yang bilik siap ada car park kena dalam rm104.harga less coz guna gov rate.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails