SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, January 9, 2013

cheese nan tandoori jauh dari Penang.



Assalamualaikum


jumaat baru-baru ni suamiku sampai dari penang menghantar kereta autonya kepada isterinya yang sedang sarat mengandung untuk dibawa memandu ke sekolah berulang JB-Pasir Gudang setiap hari. dah tak larat cik zira nak bawa kereta manual di saat-saat menunggu kelahiran si baby.


tahu je suamiku nak balik jumaat tu. pagi tu sms kata teringin nak makan tandoori cheese nan dekat kapitan. dia tak reply pape pun. ingatkan suamiku lupa dan tak sempat beli sebab dia gerak dari penang pukul 2 petang, masa tu cik zira dah sampai sekolah.


malam tu dia sampai kul 9, rupanya ada makanan yang dikiri. suka tidak terkata. tapi disebabkan dah kenyang, simpan dulu dalam esbok.





esok paginya, hari sabtu, bangun awal lepas subuh terus panaskan cheese nan tandoori tu. punyalah teringin kan dah lama tak makan. separuh makan sarapan dekat rumah, separuh lagi bawa gi sekolah sebab sabtu tu sekolah, kena gi kerja, tinggalkan suamiku sekejap di rumah.






mula-mula tu nak kirim nasi kandar, tapi takut basi. jadi kirim cheese nan tandoori pun jadilah. ini memang kegemaran cik zira kalau balik penang dan makan dekat kapitan tu.


terima kasih wahai suamiku. mungkin ini makanan terakhir permintaan cik zira sebelum si baby keluar. lepas ni suamiku balik lagi masa baby dah nak keluar pulak. harap-harap sempatlah si babah ada dengan si ibu masa kelahiran si baby nanti. Insya Allah.


nanti lepas pantang, bawa balik si baby gi kampung dia kat penang pula, si ibu nak makan puas-puas dekat sana. oopss,, halamak, kata nak turunkan berat badan kembali pada asal. acaner tu? hehe





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 7 januari 2013 10.00 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails