SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 8, 2013

minggu bertugas



kalau tahun lepas, sesi sekolah berakhir bagi tahun 2012, cik zira dan rakan guru SK Taman Cendana perlu bertugas seperti biasa setiap tahun. murid dah bercuti, kami cikgu-cikgu kena bertugas selesaikan tugas yang tertunggak selama hampir seminggu sebelum dapat bercuti lama.


dan sebelum murid naik bagi sesi 2013, cik zira dan rakan cikgu pun perlu bertugas selama 4 hari bermula 28 disember disambung 29 disember, 31 disember dan 1 januari. 


si ibu yang makin tembam pergi sekolah



datang sekolah semua dah tanya cik zira bila nak meletup dan semua pun suruh hati-hati sebab bawa kereta sendiri jauh JB-Pasir Gudang. nak buat macam mana. ada suami pun macam takde, kat penang sana. kenalah berdikari macam selalu.





sekarang kan musim hujan. bawa kereta pun kena hati-hati sebab hujan lebat sangat sampai tak nampak jalan. kenalah buka lampu dan bawa perlahan. dah 9 bulan ni cik zira bawa kereta kena berjaga-jaga tak nak perkara yang tak diingini jadi. selalu berdoa semoga perjalanan pergi dan pulang cik zira selamat. Amin.


sesi persekolahan 2013 pun dah masuk minggu kedua. dah jumpa anak-anak cik zira sebanyak 3 kelas tu. nanti dah cuti bersalin, lamalah tak jumpa dorang. takpe, selagi masih ada dekat sekolah, cik zira akan mengajar dan mendidik anak-anak cik zira 2013 ni dengan sebaik mungkin.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 2 januari 2013 8.42 a.m.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails