SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 18, 2013

oh my pantang!


** ENTRY INI SANGAT PANJANG **


Assalamualaikum
hari ni 18 Februari 2012. khalisah dah 33 hari makanya cik zira aka ibu khalisah pun dah 33 hari berpantang.


PANTANG?
apa sebenarnya maksud pantang tu ea? pantang makan ke, pantang buat keje ke pantang apa?


ye, semua orang tahu lepas bersalin dan melahirkan baby, ibu kena berpantang. tapi, cik zira rasa pantang cik zira adalah tidak sama dengan pantang orang lain yang betul-betul berjaga hebat! bak kata orang, badan perempuan ni nak guna lama. jadi, kena jaga betul-betul lagi-lagi bila anak pertama. memang kena jaga!


alkisah. khalisah keluar hari khamis subuh. jumaat petang dah balik umah. balik umah je terus cik zira berkemas, dah naik turun tangga kemas barang dalam bilik kat atas. pantang kah itu? cik zira memang tak tahu apa maksud pantang. dan cik zira memang jenis tak reti duduk diam. rupanya, bila kita buat kerja, lagilah kerja renyah dan berat, tu semua akan memberi kesan dekat badan. memanglah tak rasa terus, tapi nanti lama-lama badan sakit sape yang susah? menyusahkan diri sendiri


kalau orang lain berparam, berpilis, dengan set bersalin segala bagai. cik zira? langsung tak ada. langsung tak beli. bengkung bila orang tanya lagilah. memang tak terfikir nak beli. hari ke berapa baru order online. tu pun yang pakai zip, yang senang. tak nak susah. padahal, bengkunglah orang pakai jenis bertali-tali tu nak bagi perut tegang naik cantik dan peranakan pun kat dalam tu terjaga. tapi cik zira? isyh-isyh, teruk betul perangai. yang salah cik zira jugak patut sebelum beranak beli sediakan tu semua. jadi, bila ada kan pakai nanti. tulah, tak nak beli kan. salah sendiri lah!


urut? urut tak silap hari ke lima ke keenam baru berurut. urut tiga hari. masih tak makan apa-apa jamu ke pil bersalin ke apa. makan ubat hospital bagi je, itupun vitamin, iron tablet tu sume. telan jelah. 


sebab tu bila tanya beli set bersalin apa? memang cik zira tak beli langsung! aunty ann yang urutkan cik zira tu bagi kapsul supplement siam dia. beli dengan dia. dia kata tak payah makan ubat-ubat lain. cik zira pun ikut jelah. supplement dia bagi tu cik zira makan lepas dah 2 minggu lebih. bekalan untuk sebulan. kira habis pantang nanti, habislah supplement tu. tu pun ada terskip jugak sebab lupa.


kiranya paling kuat cik zira pantang bila pakai kain batik dan stokin. yang lain-lain, memang takde langsung! bila baca blog orang lain berpantang, cik zira heran, memang cik zira tak buat semua tu. makan pun, makan je semua kecuali tak makan pedas sebab takut perut baby meragam. memang apa yang ada cik zira bedal je. takdelah nak diet bagai ke apa.


dan mandi pun pemalas nak mandi air panas. pagi petang bedal mandi air sejuk je. yelah, kalau bilik air dah air panas kan best. hehe. ni kena masak air dalam cerek dulu. nak kena tunggu pastu tuang dalam baldi. aduhai, memang jenis pemalas, jadinya mandi je air sejuk. ingat badan tu dah kuat sangatlah tu!


dan masa khalisah kena kuning seminggu lebih tu, cik zira dah bawa kereta sendiri hantar khalisah pergi klinik untuk 4 hari tu. sebab fikir nak naik teksi payah je, maka bawalah kereta sendiri. padahal atok dah bising tu. degil kan degil memang! 


cik zira bukan apa, kalau boleh tak nak susahkan orang. jadi, boleh bawa kereta sendiri, bawa jelah. bila duduk dengan atok dan bik ani, apa yang dorang sediakan, cik zira terima. cik zira tak minta-minta. bila takde, takdelah jawabnya. inilah nasib agaknya. mak sendiri dah takde. kalau ada mak sendiri, mungkin pantang cik zira terjaga sepenuhnya. manalah tahu kan. lagipun jenis cik zira ni tak suka benda leceh. tapi rupanya, benda leceh tu semualah memang menjadi kewajipan masa berpantang. yang memang kena jaga kalau nak badan sihat lepas-lepas ni.


nak dijadikan cerita. masuk minggu ketiga. cik zira dah demam petang. badan panas sangat. sian khalisah mengaruk nak susu tapi tak boleh nak kasi sebab panas. daripada tak nak langsung susu botol, buyut dia paksa-paksa, akhirnya dia nak jugak. tapi tu pun hari kedualah. ingatkan demam dah baik lepas makan panadol. rupanya malam tu demam lagi. esok paginya demam jugak. petang hari pun demam balik. atok dah bising.


hari kedua demam tu, lepas maghrib panggil mak timah, bidan memang urut orang bersalin datang umah. urut cik zira. takut bentan. memang mak timah kata bentan pun. badan dah mengamuk katanya. urat-urat semua dah lari. peranakan pun dah turun ke bawah. dia tanya ada tak buat ini buat itu, semua cik zira kata takde. manalah tak demam.


dua hari berurut dengan mak timah. mak timah siap sunatkan khalisah sekali hari ketiga.


masa suamiku balik, malam tu kul 12, kiranya hari ketiga demam tu boleh menggigil sejuk macam apa. ketar satu badan. suamiku peluk bagi panas. lepas tu dia suh makan panadol actifast 2 biji. cik zira ni selagi boleh tahan, selagi tu cik zira kuatkan diri.


atok dah risau. dia dah bising habis dah. masa majlis aqiqah dengan cukur jambul pun cik zira tak reti duduk diam, dia dah bising suruh duduk. aduhai, cik zira ni memang tak suka duduk jelah. jenis nak buat kerja. tak sedar diri tu berpantang, badan sebenarnya tak kuat. kena jaga betul-betul. 


bak kata BFF, " jaga zira. awak nampak memang kuat, memang sihat. tapi nanti tak jaga lagi susah."


betul kata BFF. semua pun pesan suruh jaga. bila semua tahu cik zira demam bentan, semua dah bising. suruh makan itulah, suruh pakai inilah semua. semua dah risau. lagilah bila tahu cik zira tak berpantang macam orang lain berpantang, makinlah semua suruh itu ini.


mak leha datang uma. lagi berapa hari nak sebulan. mak leha urutkan belikan param pilis semua. bayangkan, dah nak masuk sebulan baru nak pakai semua tu. itupun pakai untuk 2 hari je. memang tak istiqomah langsung ibu khalisah ni. kalau ada rotan, memang dah kena rotan agaknya!


siap baca dalam blog orang, rupanya masa pantang tak boleh potong kuku katanya. eh, cik zira yang memang pantang tengok kuku panjang, awal-awal dah potong kuku tangan dah kaki. Insya Allah, takde pape kot setakat potong kuku. macam takde kena mengena je kan kan.


kalau ikut pantang orang, memang itu pantang tak boleh, ini pantang tak boleh. serba serbi tak boleh. tapi, cik zira percaya bab kena jaga badan nanti badan sakit. naik kerja nanti takut tak kuat. memang tak rasa sekarang, tapi di kemudian hari baru mengadu sakit sini sana. kena tanggung sendiri lah tu.


tapi, nak buat macam mana. dah nak dekat habis pantang dah lagi 2 minggu. kenalah berdoa dan minta pada Allah supaya dikuatkan dan diberikan kesihatan kepada cik zira. kena selalu berdoa sebab masa pantang tak pantang kan. ha, kena jaga-jaga lah lepas ni. tanggunglah risiko sendiri.


kesimpulannya, cik zira pantang setakat pakai stokin dan kain batik je. takde duduk diam, takde pantang makan, semua bedal. takde pakai bengkung. takde berparam berpilis bagai. takde set lepas bersalin.


JADI, JANGAN IKUT PANTANG CIK ZIRA. memang sangat tidak bagus!!


cik zira cerita ni untuk diri cik zira sendiri. cik zira dah tersalah. jadi cik zira nak pesan dekat bakal ibu sekalian, berpantanglah seperti yang sepatutnya. ikut cakap orang tua. jangan degil. jangan jadi macam cik zira. nanti padah jawabnya!


oh, pasal berat badan. nak selitkan sikit ye. berat cik zira sebelum mengandung dalam 53 ++ KG. sampai nak dekat beranak 65 ++ lepas tu turun 64.6 KG. kira naik dalam 11 KG lebihlah.


lepas beranak je turun dalam 59 KG lepas beberapa hari tu cik zira timbang. masa demam masa suamiku balik JB dan takde selera makan, timbang kat mesin 20 sen tu, berat 55.5 KG. kiranya sekarang tengah berusaha untuk dapatkan berat asal sebelum mengandung iaitu 53 ++ KG.


sebab tu orang cakap dah kurus, cepat kurus. mungkin sebab tak naik banyak masa mengandung. perut pun masa 8 bulan baru nampak, itupun kecik jugak. jadi badan tak berapa nak naik sangat. mungkin senang nak turun tu. Alhamdulillah.


oh, dan pasal nak membuang air besar. sebelum beranak dengan lepas beranak, 4 hari tau tak membuang. dah keras lah kan. punyalah sakit nak meneran. Tuhan je yang tahu. yelah, dahlah jahit banyak. minum yakult, makan buah prune pun tak jalan jugak.


penyudahnya, cik zira dah makan balik pil halia nightrim dunia herbs tu. terpaksalah. tawakal je. nasib baik takde kesan kat khalisah. yelah, baby berak-berak kan normal masa pantang. jadi, daripada cik zira menanggung sakit, baiklah cik zira makan pil tu supaya senan nak membuang setiap hari. masa mengandung memang stop makan dan alhamdulillah dapat membuang secara normal. tapi sebab dah keluar pun khalisahnya, kenalah mula makan pil halia tu balik yang dah memang menjadi rutin sebelum ni.


uisyh, khalisah dah bangun plak. seb bek dah siap entry panjang ni. kena bagi dia susu. ingat, jangan berpantang macam cik zira tau.




~sekian~



k,adios!!! by : ierarahman jumaat 15 februari 2013 2.40 p.m.

6 comments:

vanilla said...

cik zira baca blog barelysupermommy? yg wife angkasawan tuh...tgk dia pun pantang x ikut tradisional pantang tu..sbb dia doktor kot, dia lagi tahu..heheh

ape pun, semoga selamat semuanya utk cik zira dan khalisah ye =)

Zaliedana said...

Assalam zira,kak ct pon xde lah pntng mkn sgt,takat yg berangin,sejuk ke mmg xmkn ler,yg lain tibai jerk..Klo sayur2 pon xmkn sgt,buah lak,limau jerk yg mkn..Erm bab pkai bekung n stoking mmg mls gile,huhu..sekbek ler xde nk bntan bagai,klo demam seram sejuk tuh mmg demam bentan,Ape pon continue berpantng yg tinggal xbape ari nih ngan baik yer zira..Salam peluk cium utk khalisah yg sgt comel..

Ibu Ilyanie(s) said...

as salam dik.. dh beranak dh adik akak nih... dulu ikut baca blog masih dara sunti lagi. kejapnya masa berlalu. akak ada banyak tips plg mudah senang dan selamat utk teruskan penjagaan kesihatan selepas bersalin. nak pantang ikut cara zaman skrg, masing2 la.. tp plg mencabar adalah rutin penjagaan kesihatan selepas habis tempoh berpantang. time tu la nnt nak tgk btl2 bdn kita ni terus sihat atau tidak. nak dgr akak sharing nnt leh tgk blog or terus je call akak 017-5346280. akak bersalin 2 org czer, tp alhamdulillah rutin lps pantang terjaga... and puas hati dgn result skrg! :D

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

dah baca.tapi at least dr harlina berpantang jugak makannya. kita tak pun. hehe

thanx dear atas doa itu. =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Zaliedana:

susah kan kak kalau nak ikut pantang yang bebetul. kita tak sabar sangat nak tunggu 44 hari padahal bukannya pantang pun. hehe

terima kasih tau kak ct!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Ibu Ilyanie(s) :

wah kak, mesti banyak tips boleh dikongsi kan.tulah, yang penting badan lepas pantang nanti. nak sihat sebab nak mula kerja balik nak aktif macam dulu-dulu sebelum ngandung. t kt terjah blog akak ye.terima kasih banyak!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails