Assalamualaikum semua
ini khalisah. bagi ibu berehat hari ni, jadi kita yang buat entry untuk hari khamis ni. nak asah bakat dari kecik.hehe
mula-mula kita nak tunjuk gamba pipi tembam kita boleh? kalau tak boleh, kita nak tunjuk jugak.
okeh, dalam entry ni ye semua, kita nak cerita pasal cara kita tido. tak kisahlah macam mana gaya pun, kalau kita dah ngantuk sangat, memang kita tido je. ibu kita kata, kita ni kaki tido macam babah kita. alamak ai. harap-harap tabiat ni tak kekal sampai kita besar. kita nak jadi macam ibu kita, tido senang nak bangun lepas tu bukan kaki tido. eceh, macam nak bodek ibu jek.
okeh, ada banyak cara nak tidokan kita :
- dodoi, tido dekat tangan
- tido atas tilam. tapi yang ni kena pastikan kita betul-betul lena baru letak atas tilam ye. kalau tak lena, jawabnya memang kita tak baringlah atas dia
- meniarap. ha, yang ini ibu kita dah mula ajar kita. best jugak meniarap. kadang-kadang kita tonggekkan punggung kita. best jugak tido meniarap. kita pun dah pandai angkat kepala alihkan kepala kita kalau kita letih kanan, alihkan ke kiri. hehe
- tido atas badan ibu kita. ha, yang ni best jugak. meniarap atas badan ibu kita yang tengah baring. pastu ibu kita peluk kita. seronok sangat!
- tido dalam buaian. yang ni kalau kita ngantuk sangat masukkan dalam buaian memang kita terus tido. tapi kalau tak ngantuk sangat, masukkan dalam buaian memang ibu kita kena ayunkan kita sampai sejam lebih. sian ibu kita
banyak lagi cara nak tidokan kita sebenarnya. yang penting kita dapat tido =)
okeh, meh tengok antara gamba kita tido ye. kita tahu, kawan-kawan baby seangkatan kita pun ada banyak cara tido sama macam kita kan kan baby? ewah, baru tulis blog sehari dekat blog MERAH ibu kita dah perasan ada kawan-kawan seangkatan kan. perasan je lebih kita ni.
kita tido dekat tangan ibu kita. tengoklah muka kita tu!
muka ketat kita tido atas tilam
ini pertama kali ibu kita aja kita tido meniarap
manalah ibu kita tak cakap kita ni kaki tido. entry pertama pun dah cerita pasal tido. ayok!!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 3 mac 2013 4.23 p.m.
2 comments:
syokya tngk dia tido..best part tido meniarap..hehe
haah, ajar baby tido meniarap dari kecik. dah pandai angkat kepala beralih bila dah penat,, =)
Post a Comment