SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, March 25, 2013

risau si ibu



ini cerita dan pengalaman cik zira yang cik zira nak kongsikan. bermanfaat juga kepada bakal-bakal ibu.


khalisah akan berak setiap hari biasanya. dan ada kala 2-3 kali sehari. tapi, nak dijadikan cerita. adalah satu hari tu, khalisah tak berak pun. langsung tidak. dan masuk hari kedua cik zira dah risau. kesian tengok dia macam tak boleh nak tido. nak berak, dia teran tapi kentut je tak berak pun.


jadi, cik zira si ibu yang risau ni pun bawalah gi klinik. dalam kereta tido lena tapi muka stress tak boleh berak. kesian anakku. 


sian, muka stress tak boleh berak.
 pastu kalau pakai baju ni konpem barut jadi baju dalam



doktor kata takde pape. normal je baby tak berak ni. dia bagi ubat sakit perut dengan sembelit. harapan jelah sebab khalisah ternyata seperti ibunya yang tak suka makan ubat cair. bagi dia makan, dia buang!! huh!!





sekali, bagi minum jus epal baby yang jenama heinz tu letak dalam botol. dia minum. tak dapat banyak, sikit pun jadilah. memang berkesan. tak lama lepas tu, khalisah dah berak. banyak plak tu. yelah, 2 hari tak membuang.


tokbik khalisah yang belikan jus tu. harga sebotol kecik tu RM 3 lebih je. tahan 2 hari. berkesanlah. tokbik kata dulu sape-sape baby yang tak boleh berak memang minumkan jus epal tu je. senang nak dapat pun. kalau nak cari, pergi kat tempat makanan baby. situ mesti jumpa.


botol lebih kurang camni. google tak dapat plak yang macam tokbik beli tu




jadi, kalau baby tak boleh berak tu memang normal. atok kata khalisah dah nak besar, memang tak berak kerap dah macam dulu. dan sekarang khalisah memang berak 2 hari sekali dan jenis sekali berak tu, banyak keluar dan cair. memang tembuslah pampers dia.


jadi, cik zira pun sebagai ibu dah belajar. setiap hari cik zira belajar macam mana nak jaga dan didik khalisah. belajar nak jadi ibu terbaik buat khalisah. Insya Allah.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 19 mac 2013 8.20 a.m.

2 comments:

cik chinta said...

tq 4 sharing :)

Ibu Ilyanie(s) said...

sistem usus bayi yang berusia bawah 6 bulan belum matang... jadi kadang2 tak tentu juga baby berak hari2. tapi bl sekali berak... perghhh!! heheh... btw, kalu breastfeeding pastikan mommy dpt khasiat nutrisi makanan sepenuhnya setiap hari utk dikongsi bersama baby...Happy browsing!

"Sharing is caring"

http://ibuilyaniescottage.blogspot.com/2013/02/molecular-reform-therapy-mrt.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails