SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 1, 2013

Heels Merah!


2010 - DSLR
2011 - DKNY RED handbag
2012 - RED Acer notebook
2013 - Sembonia RED leather heels


setiap tahun cik zira akan cuba belikan diri sendiri hadiah sempena hari lahir cik zira yang jatuh tanggal 27 Mac. tahun ni, hadiah nya ialah Heels Merah yang cik zira suka sangat.


adalah dah bertahun-tahun cik zira tak membeli kasut tinggi dan ini yang terbaru setelah sekian lama takde heels baru. yelah, memang dah bertahun sangat tinggalkan heels ni. pakai flat shoes je.


jadinya, untuk tahun ni hadiahkan diri sendiri heels Merah. hari tu hadiah bersalin belikan diri sendiri jam tangan marc jacobs.


bila bekerja ni, ada duit sendiri, kenalah reward diri sendiri untuk hari-hari penting supaya diri sendiri rasa dihargai. tak payah tunggu orang belikan, belikan je untuk diri sendiri. kumpul duit.


dan kalau nak tahu, Heels Merah ni cik zira beli masa kat Penang tempoh hari. beli kat parkson gurney. lepas suamiku belanja makan nandos. 





PERCAYA TAK? itulah pertama kali dalam sejarah cik zira rasa, shopping kasut yang tak sampai 10 minit pun dah dapat siap bayar siap pakai terus. kejap kan?


maklumlah, sejak dah ada khalisah, tak boleh dah nak shopping lelama. walaupun dia ok je dah susukan dia siap-siap dan babah dia layan dia masa cik zira cari kasut tu, tapi tetap hati ni tak nak amek masa lama nak membeli belah. kesian kat anak nanti kena tunggu ibu dia ni bershopping plak. hehe


dan heels Merah ni akan cik zira bawa pergi kerja. konon semangat baru. cuba dulu. yelah, mana pernah cik zira mengajar pakai tetinggi ni. dah lama tak pakai. kalau rasa selesa, bolehlah. kalau tak selesa sebab cik zira jenis pantas, pakai flat shoes lagi mudah, kenalah bawa heels Merah ni gi jenjalan je.






oh, heels Merah cik zira tu new collection tau masa cik zira beli tu. dan dia leather dan harap bertahan lama sesuai dengan harganya. pertama kali beli heels semahal itu dalam hidup. selalu beli murah-murah je. takpelah, hadiah birthday 2013.


dan hadiah paling berharga yang tidak ternilai ialah KHALISAH, anak ibu. ha, yang ni memang hadiah paling istimewa dari Allah untuk cik zira. syukur!


oh, KHALISAH tayang tomei!!
( sayang comel )



terima kasih kepada semua yang wish ye. sayang korang!!





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman 27 Mac 2013 3.00 p.m.

3 comments:

Anonymous said...

buulaaatt nya mata diaaa

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Haah, gewam sgt!

Unknown said...

eiii grmm ngan pipi oau ngan mata boolatt dia.. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails