SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, April 5, 2013

stroller halford khalisah



car seat dah beli sebulan sebelum khalisah lahir. sebab dah tahu kepentingannya. stroller plak tergerak hati nak beli bila lepas pantang. rasa macam senang nak bawa khalisah jalan-jalan nanti. takkan nak dukung je ye tak?


tanya pendapat BFF tersayang. BFF beli jenama Esprit yang cik zira dah cerita dekat ENTRY INI. tapi cik zira dah beli car seat, jadi tak dapatlah nak beli satu set car seat dengan stroller macam BFF beli.


jadinya, BFF dan suami bawa cik zira ke kedai barang baby nak car stroller. masuk je kedai suka sangat tengok banyak stroller cantik-cantik. lepas tu nampak stroller jenama halford sama macam car seat yang cik zira dah belikan untuk khalisah.


sangat suka sebab siap ada offer. ada 2 stroller halford yang cik zira berkenan sebab dua-dua warna Merah. lepas tu BFF dengan suami suruh pekerja kedai tu masukkan car seat dalam stroller, nak tengok boleh ke tak. tapi disebabkan car seat cik zira tu besar, memang tak muat dalam stroller yang ada dekat situ.


jadinya, memanglah tak boleh nak buat macam stroller BFF boleh masukkan car seat. takpelah. khalisah duduk jelah dalam stroller.


oh, berbalik kepada dua stroller tadi. cik zira ikut nasihat Eddy, suami BFF. dia kata kena tengok bila stroller tu lipat saiz dia kecik ke besar nak simpan dalam keta nanti. lepas tu kena tengok nak pasang tutup buka senang ke tidak. berat ke ringan ke. cik zira serah pada yang berpengalaman lah. 


akhirnya, amek juga yang memang mudah untuk cik zira miliki dan nak guna dan jaga untuk khalisah. sangat suka! cuba letak khalisah dalam stoller tu dan dia diam je. pertama kali duduk dalam stroller agaknya. mesti khalisah cakap kat mana plak khalisah duduk ni. hehe


harga asal stroller tu tak silap RM 415 - RM 420 macam tu. lepas less 20% tinggal RM 300 lebih nak dekat RM 400. oklah tu. mampu cik zira nak belikan untuk anak sendiri. tengok yang lain lagi mahal-mahal, tu di luar kemampuan cik zira lah. takpe, asalkan khalisah selesa dan mudah nak bawa khalisah gi jalan-jalan.






tayar stroller ni cantik. lain sikit dari stroller lain. pemegang dia pun jenis yang pegang kiri kanan tu. suka pemegang macam tu. kat bawah ada bakul net boleh simpan barang. penutup dia pun boleh tutup sampai ke bawah, jadinya khalisah takdelah kena panas sangat. pendek kata, memang cik zira suka sangatlah dengan stroller ni. puas hati!


dah bawa khalisah berjalan dengan stroller ni pertama kali masa dekat Penang. khalisah diam je dalam tu. adik ipar cik zira, humairah yang tolong pasangkan tutupkan. sekarang gi jalan bawa je stroller ni, senang. 






jadinya, car seat dengan stoller untuk khalisah berjenama halford. tak pernah dengar pun cik zira sebelum ni dengan jenama ni. rupanya memang ada pun untuk barang baby. harga pun ok jugak. cik zira pun puas hati dengan car seat dengan stroller cik zira belikan untuk khalisah ni. 


car seat halford RM 260 + stroller halford RM 400 = RM 660. ok sangat kan? baby carrier pun dah beli  dekat ENTRY INI tapi abah je dah bawa khalisah berjalan gi giant dalam carrier tu. khalisah tido lena dekat badan atok dia. cik zira belum bawa khalisah lagi dalam carrier tu gi jalan. nanti nak cuba. harap khalisah suka dan tak meragam dalam carrier tu nanti. amin


harap entry ni membantu bakal ibu nak buat pilihan beli stroller dan car seat ye. cik zira puas hati. terima kasih dekat BFF dan suami yang banyak membantu tau.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 30 mac 2013 12.40 p.m.

2 comments:

cik chinta said...

jenama sprit tu skli dgn car seat. murh x zira? tu la. mikir2 da ni nk beli. tp beli masa blik jb je. sni mhl la.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

yang tu masa ada offer rm 700, BFF kita beli.tapi masa kita nak beli takde dah offer tu.tu yang beli halford je.tapi best jugak, jimat ruang bila lipat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails