SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 15, 2013

tokbik kesayangan khalisah pergi umrah. Alhamdulillah.



lagi 4 hari macam tu tokbik kesayangan khalisah akan sampai semula ke Malaysia setelah berjauhan dengan khalisah hampir dua minggu untuk menunaikan umrah. khalisah dengan ibu tak sabar sangat nak jumpa dengan tokbik. rindu sangat. semoga tokbik selamat kembali dan sihat hendaknya. amin.


7 april, khalisah ikut sume orang gi airport senai hantar tokbik nak gi umrah. nek keta kak june dengan abang ai. khalisah pakai baju baru belang-belang ibu belikan. seronok tau. khalisah kan suka jalan-jalan. 


 khalisah dengan mama june

naik dengan abang ai dan kak june. pergi sampai penuh kereta van



ini kali kedua khalisah sampai airport senai tu. tapi kali pertama jejakkan kaki sebab masa first time cuma duduk dalam kereta je ibu amek babah. tak turun pun. tapi kali ni khalisah dengan ibu dapat meronda airport senai yang kecik tu. 


 our family big boss. pn hajjah fatimah

 khalisah dan ibu

khalisah dengan tokbik sayang



ramai sangat umat. sebab katanya 300 orang satu kapal nak buat umrah termasuklah tokbik. bayangkan. nak pergi 300 orang. tapi keluarga sume yang menghantar lagi. penuh sesaklah jadinya epot itu. sampaikan ada yang berkelah di lantai sebab kerusi memang sikit sangat.


 khalisah dengan papa ai. masa ni dah ngantuk dah




sampai nak dekat pukul 1. tunggulah sejam lebih. jalan-jalanlah ibu dengan khalisah. sampaikan khalisah ni mengantuk sangat, terlentuk tido dekat tangan ibu. kesian khalisah. macam dia plak jalan meronda padahal ibu yang pegang bawa dia ke sana sini. stroller lupa nak bawa. penyudahnya tangan ibu yang menjadi mangsa. huhu


ibu meronda sebab ibu lapar. ada KFC, ada Marrybrown, ada SR. tapi sebab fikir nak makan, nak pegang khalisah, em, batalkan hasrat. dahlah sarapan makan nasi goreng sikit je. masa tu dah tengah hari, memang ibu lapar sangat. kalau ibu lapar, khalisah pun lapar. kesian khalisah. balik sampai tu nak dekat kul 3 terus makan nasi kenyang-kenyang. lepas tu bagi khalisah kenyang sekali. perasaan bila lapar sangat tu memanglah hazab. selalu kalau lapar terus dapat makan, ni lapar kena tahan lapar. aduhai. menyusu anak ni lain sikit. kalau lapar memang kena makan, kalau tidak, anak pun lapar, minum susu ibu tak kenyang. betul tau


tokbik pergi dengan Tiram Travel. ikut toknah, sedara. ikut asal bertolak kul 5 petang, tapi kapal tunda kul 8 malam. rupanya masa dalam keta nak balik, kak june cerita tiram travel ni memang pengurusan dia teruk. banyak kes dah. em, cik zira dengar je. doa-doa je bik ani selamat pergi dan balik. 


kitorang balik dulu tak tunggu tokbik sebab atuk dah sakit kaki. atok memang dah tak kuat sangat. duduk diri lama dah tak tahan mana. khalisah pun tido. jadi, baliklah dulu tinggalkan bik ani dan jemaah lain di situ. takpe, sedara sume ada dengan bik ani.


salam peluk cium dengan tokbik. khalisah pun macam tahu dah nak jauh dengan tokbik, terus bangun tido masa tokbik pegang dia. pandai anakku.


Alhamdulillah. akhirnya tokbik dapat menjejakkan kaki ke bumi Allah itu. syukur. semoga tokbik dapat pergi lagi untuk menunaikan haji plak kalau nama naik untuk tahun ni. cik zira dan khalisah doakan yang terbaik untuk tokbik sebab kitorang sayang tokbik sangat-sangat.


sian khalisah. tertido melentok



tak sabar nak jumpa tokbik lagi bape hari je tokbik nak balik. yay!





~sekian~



k,adios!!!,,,  by : ierarahman isnin 8 april 2013 8.50 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails