ini entry mak-mak.
salah satu benda alah penting bila dah ada anak ni ialah BUAIAN. dan bila bercakap pasal buaian, kena bercakap juga pasal moto letrik buaian. senang dan sangat membantu.
masa dalam pantang, cik zira gagahkan diri pergi beli besi buaian sebab khalisah tak tido malam. mula-mula gi giant nak cari besi tu. tapi takde. jadi, beli kain buaian jenama fiffy warna ungu sebab warna Merah takde. lepas tu beli besi yang 7 spring tu dengan besi nak gantung kain.
habis shopping dekat giant, terus ke kedai perabot dekat jalan tebrau tu. nasib baik ada. tengah membeli tokbik tepon kata khalisah mengamuk. jadi, cepat-cepat bayar dan suruh pekerja kedai tu masukkan dalam kereta. berat tau. besi buaian sekarang dah hebat. dah jenis petak yang lagi kukuhlah bila pasang buainya. takdelah yang jenis tergantung macam payung tu. yang ni lagi selamat. jenis besi chrome. harga dia letak RM 100 lebih. tak ingat bape. tapi cik zira tawar dapat RM 90. dia bagi sekali roda dengan spring dan besi sangkut kain. kalau tahu, tak payah beli. tapi takpe, spring dia bagi 1 je, yang cik zira beli tu ada 7 spring. lagi kuat dan selamat.
dah beli terus pecut balik rumah. sampai rumah terus hiburkan khalisah dulu. kemudian pasang buaian. konon dah kuat padahal tak sedar diri masih dalam pantang berapa hari. isyh-isyh. demimu anakku. pasang yang mana kuat. lepas tu cik paris balik keje dia tolong pasangkan kuatkan mana yang tak siap.
maka, bertidurlah khalisah dalam buaian. itu pun ikut mood. kalau dia ok, dia senang hati tido dalam tu. kalau tak, kenalah angkat dodoikan dia. tapi lama-lama dia ok. cumanya, nak enjut sampai dia tido tu, mahu lenguh tangan. jadinya, beberapa minggu lepas, cik zira pun beli moto letrik buaian. beli dekat kedai beskal sederet dengan kedai beli besi buaian tu.
ada dua butang. yang atas set masa. yang bawah set kelajuan.
cara nak guna pusing kiri kanan
pasang je dekat plug dan on kan
full set buaian karen untuk khalisah!
ada 2 jenis. cik zira amek yang harga dia letak RM 220 dapat RM 200. jangan terkejut ye, moto letrik buaian ni memang mahal harganya. dia siap bagi spring lagi. apek tu ajar cara nak guna. dan spring kena pasang ikut berat baby. jadi untuk berat khalisah, cik zira pasang 4 spring je.
balik tunggu khalisah bangun dari buai, maka cik zira pun pasang moto letrik tu. pertama kali cubakan khalisah tido dienjut mesin, dia macam tercengang pandang atas je tengok moto tu. kelakar sangat. tapi bila dah ngantuk sangat apa dia pedulik sape yang enjut dia. janji dapat tido. gitulah kiranya.
jadi, gedebak gedebuk untuk buaian dan sume aksesorinya mahu makan RM 300 jugak. yelah, ada anak ni memang banyak habis duit. duit mengalir macam air. nak buat simpanan macam dulu pun tak dapat sangat. tapi cik zira masih berusaha jimat mana yang dapat.
respek sangat orang gaji biasa ada anak ramai boleh hidup. zaman sekarang ada anak satu pun beratus-ratus habis. ni belum sekolah lagi nak beli macam-macam. jadi, kena rancang keluarga. itulah jalan selamat.
eh, nak cerita pasal buai terbelok cerita pasal kewangan plak. ok dah. tata!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 15 april 2013 2.55 p.m.
1 comment:
btl, respek sgt org rmi ank
Post a Comment