masa bercuti balik penang cuti sekolah tempoh hari, khalisah kena demam panas. itu kali pertama khalisah demam. sebelum ni batuk selsema je tak demam pun. tapi dah agaknya musim dan cuaca yang tak menentu plus batuk dia teruk tu yang panas terus tu.
kul 2 lebih pagi dia bangun susu lepas tu tak boleh tido. cik zira rasa badan dia panas sangat. tak pernah panas camtu. dah risau dah. tengok dia ngaruk nangis tak boleh tido dengan hidung tersumbat batuk tak berhenti. kesian sangat. nak nangis pun ada. pujuk pun tak jalan. sian sangat tau.
siap muntah sebab batuk batuk kan, muntah dia pun panas sangat sebab muntah dekat cik zira. ikutkan babah dia nak tunggu pagi baru bawa spital. biasalah, lelaki. hati ibu dengan hati bapak ni memang lain kan? ibu ni anak sakit sikit pun risau bukan main. tapi ketahuilah wahai ayah-ayah sekalian terutama babah khalisah, bila anak kecik sakit terutama demam, jangan biarkan. apa pun boleh jadi.
maka, setelah dipujuk pun tak jalan paksa jugak babah bawa khalisah gi emergency hospital penang tu. alahai, sejam dekat situ bukan buat apa pun. bagi sirap untuk demam tapi khalisah tak nak pun dia muntah, lepas tu tuam dengan ari bagi panas kurang. doktor pelatih sume rilek je.
suhu dah turun dia bagi balik amek ubat demam dengan batuk. sampai rumah kul 5 macam tu. pun khalisah susah nak tido. kul 6 pagi baru dia tido. babah dah selamat dah. ibu juga tak tido nak pastikan khalisah ok.
bak kata mak mertua cik zira, " bukan senang nak bela anak sampai besar. mak tak tido jaga anak. bapak bukan buat apa sangat. sebab tu syurga tu bawah kaki ibu."
betul sangat. sebab tu lah kalau bila cerai berai, ada suami yang tuntut hak jaga anak tapi padahal tak pernah jaga anak, tak pernah susah jaga anak, memang tak patut sangat. uit, teremo plak lari tajuk. hehe
esoknya khalisah macam ok sket tapi nak dekat maghrib tu dia macam nak demam balik. ajaklah babah khalisah pergi Lam Wah Ee Hospital. Jumpa doktor pakar kekanak, Dr Tan. oh, sangatlah best. dr tan sangat baik. best sangat rasa. khalisah pun tengok je doktor tu cek dia. dr tan kata batuk memang teruk tapi nasib baik tak effect paru-paru lagi. dia bersihkan hidung keluarkan hingus sume lepas tu dia bagi tahu ubat yang kena amek dan kasi khalisah.
murah je sebab dr tan siap bagi diskaun. sebelum tu sepupu khalisah pun da masuk situ. dr tan dah kenal babah khalisah. sume sekali RM 70 sahaja. happy. malam tu khalisah tido lena sampai pagi. bangun nak susu je.
lepas ni pape gi situ je. memang terbaik. dan terima kasih banyak-banyak dekat kakak kesayangan di penang kak emy dan mami tersayang sebab bagi info pasal hospital dan doktor dekat hospital lam wah ee tu. terima kasih jugak sebab amek berat pasal khalisah. love u two so much. muah muah!!
sampai balik JB selsema dengan batuk masih ada. amek masa jugaklah khalisah nak sihat betul. dah lah badan kecik, bila sakit makin kurus jadinya. sian sayang ibu sorang ni. ibu selalu doakan supaya khalisah sihat takmo sakit-sakit. Amin.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 12 jun 2013 10.54 p.m.
No comments:
Post a Comment