SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, September 3, 2013

kerusi makan


Khalisah dah tujuh bulan lebih. Tapi masih x pandai duduk. Dia cuba jugak nak belajar duduk tapi kejap je pastu melayang badan nak jatuh. Kena support belakang dia baru dia oleh duduk lama sikit.


Dua minggu lepas mass bawa khalisah gi jusco tebrau, gi makan kat food court tu pertama kali dudukkan khalisah dalam baby chair tu. Ingat dia tak nak tau. Nasib baik dia nak. Bagi mainan dia leka main. Tapi disebabkan dah penat dia pun dah x reti duduk diam. Dah bunyi sket lepas tu terus nangis.  Cik zira pun makan cepat cepat lepas tu bawa khalisah gi tempat main budak dekat food court tu. Kemain suka dia tengok budak budak sume main. Dia teruja semacam. Macam budak dah besar jugak nak main. Main gelongsor lah main mainan dekat situ.  Tunggu besar sikit ea khalisah.  Boleh main dekat playground k.




Kiranya khalisah suka jugak duduk dalam baby chair tu. Oklah. Senang nak bagi dia makan. Rupanya abang ai dengan kak june pun ada baby chair macam tu aiman punya. Bagi khalisah pinjam sebab aiman dah tak muat. Dapatlah khalisah pinjam kejap.


Dah cuba dudukkan dia sarapan kul 6 lebih pagi tadi. Eh suka dia duduk dalam tu. Behave sikit khalisah time nak suap makan. Kalau tidak dalam walker memang x reti duduk diam. Susah nak suap makan. Sekarang dah senang sikit nak makan sebab dia pun makan dekat ngan meja orang besar makan. Dia suka lah konon makan macam orang besar.


Terima kasih mama june ngan papa ai ngan aiman bagi khalisah pinjam baby chair ni. Oh, baby baby chair ni brand ikea. Banyak restoran pun guna baby chair ikea ni. Memang tengok baby pun selesa duduk makan dalam tu. Seb bek ada abang sepupu yang ada macam macam untuk anaknya. Nila anak dah besar dah tak guna dapatlah khalisah pinjam. Hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails