SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 2, 2013

maxi dress wajib


Jadi orang perempuan ni asek keje nak membeli je kan. Tudunglah bajulah skirt labuh lah dress lah kasutlah beglah. Em...


Cik zira ada banyak koleksi dalam almari. Yang bergantung lain yang berlipat lain. Suka sangat membeli. Kalau beli bukan 1-2 beli sekali banyak. Sebab tu ada yang masih tersimpan rapi x terpakai lagi. Huhu


Sama macam baju keje, baju jalan pun cik zira susah lah nak ulang pakai banyak kali sebab baju banyak sangat. Hehe. Kalau baju kurung keje tu dua bulan skali baru ulang balik. Jadi susahlah jugak nak nampak cik zira pakai baju yang sama dalam masa terdekat.


Ok. Itu intro. Cik zira sebenarnya nak cerita pasal maxi dress lengan panjang macam kat bawah ni



Cik zira suka dress macam ni sebab apa tau? Sebab :


  • Material cotton tshirt stretchable yang sedap dipakai dan selesa sangat
  • Lengan panjang
  • Boleh jadi inner dalam pakai ngan cardi chiffon yang jarang ke atau pakai ngan cardi biasa pun boleh.  Pakai dengan jaket pun smart
  • Satu dress ni boleh di mix n match kan dengan pelbagai gaya
  • Cik zira dah jarang pakai seluar gi jenjalan. Pakai pun palazom jadi dress macam ni memang senang nak sarung nak kuar berjalan
  • Pakai dengan top sarung pun cantik. Jadikan macam skirt labuh. Pulak tu dia bertingkat tingkat. Kan nampak cantik di situ ;)

Seyeslah suka dress cenggini. Cik zira ada banyak jugak koleksi dress lengan panjang ni. Suka. Senang bila ada banyak koleksi. Bosan dengan gaya yang tu tuka dengan gaya yang ini pula. 




Oh, yang pentingnya baju baju ni seyes cik zira tak pernah beli yang branded dan mahal pun. Sume murah sahaja. Asalkan bila pakai nampak cantik dan selesa. Kan?

2 comments:

GadiS said...

kita pun dah start suka. nie sikit-sikit kumpul maxi dress

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Ha.. kumpul jangan x kumpul :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails