SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 3, 2015

kecik tapi comel. kecik tapi bahagia


wah. agak tajuk entry kali ni pasal apa ye. nak highlightkan perkataan kecik tu. tapi sebelum tu cik zira nak amek kesempatan ni untuk mengucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua terutama yang membaca blog picisan ini. semoga di tahun 2015 ini kita semua lebih diberkati oleh Allah. amin.

dan harini 3 januari bersamaan 12 rabiul awal adalah merupakan hari keputeraan Rasulullah SAW. ada yang bercuti kan harini. ada yang join perarakan selawat pagi tadi. alhamdulillah. cik zira harini pagi ke sekolah baru, SK Seri Indah sebab ada orientasi Tahun 1 dan pra sekolah.

ok. berbalik kepada tajuk entry. "kecik tapi comel. kecik tapi bahagia"

entry beberapa hari yang lepas cik zira ada cerita yang cik zira nak masuk rumah baru kan. rumah duduk bertiga. ibu babah dan khalisah. kitorang menyewa flat dua bilik je. rumah beli jauh sangat nanti kalau nak duduk pun bila dah siap lagi bape bulan je. jadi, amek keputusan menyewa jela flat yang dekat dengan uma mak mertua dan dekat dengan nak pergi sekolah hari hari.

awal tu masa nak pergi tengok rumah macam tawakal jela. flat kan. tahulah keadaan macam mana. tapi syukur alhamdulillah. kondisi rumah elok. tuan rumah cina. tapi penyewa sebelum ni melayu. dia jaga rumah elok. terus berkenan. terus tak sabar nak masuk.

kecik. senang nak mengemas. satu bilik letak barang meniaga, barang barang kerja baju baju semua. kiranya merangkap stor la jugak. sumbat semua satu bilik. nasib baik masih ada laluan untuk keluar masuk.




dan satu bilik lagi untuk tido. letak katil queen satu. lepas tu khalisah letak tilam single dekat bawah. muatlah bilik comel tu untuk kitorang tiga beranak berehat dan tido. lepas tu dalam bilik tido tu ada iron board nak gosok baju dengan nanti letak meja solek satu. takleh nak letak barang sangat sebab ruang terhad.

buah hatiku memula beli katil je dulu malam tahun baru tu. rasmi tido dekat rumah comel ni. harini tadi lepas zohor dah masuk meja makan rak tv dengan rak dapur. rak kasut sekali. sofa peti ais mesin basuh almari sume beli je dengan penyewa sebelum ni. jadi tambah sket jela lagi mana yang takde. bolehla asalkan selesa untuk duduk berteduh hari hari.

syukur. 2015 tahun permulaan untuk kitorang tiga beranak hidup bersama. masih belum mula kerja bebetul. timing pun belum set untuk ready setiap pagi. 12 haribulan nanti bermulalah semuanya. kena bangun awal pagi hantar khalisah pergi uma mak mertua dulu sebab kak ipar dengan adik ipar tolong jagakan.

semoga Allah permudahkan segala urusan cik zira dan keluarga kecil di penang ni. amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails