SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, December 31, 2014

kasut pun nak bagi sama


dulu masa khalisah setahun, cik zira belikan dia high cut converse merah sebab dia baru belajar jalan masa tu. belikan high cut dia cengkam sket. senang dia nak berlari. lama jugak pakai kasut tu. asek pakaikan je. sampailah dah nak masuk dua tahun januari depan ni kasut dah sempit tak boleh pakaikan.

jadinya, ibu pun belikan khalisah converse merah baru sempena besday khalisah bulan depan. tu hadiah kecik. hadiah beso dah tempah tunggu nak amek je. hehe. kasut mesti nak kena sama dengan ibu jugak dan merah itu wajib!



makanya sekarang ibu ngan khalisah dah boleh pakai kasut sama sama kalau nak pergi jalan jalan. converse merah. ibu kalau pergi mana mana pun memang sarung kasut merah tu je. senang nak melasak. pakai jubah pun dengan kasut tu jugak.

selain converse merah khalisah ngan ibu tu, ibu pun terbeli crocs haritu masa gi queensbay. dah lama tengok je. pinjam yang adik ipar punya macam sedap je pakai. maka pun belilah. disebabkan takde warna merah, ameklah jugak warna hitam tapi tapaknya ada merah. beli yang tu dapat beli untuk khalisah RM60 je separuh harga. tapi takde merah amek warna pink.



kalau crocs ibu khalisah babah ada. sama sama boleh pakai. tapi kalau converse ibu ngan khalisah je ada sebab kaki babah tak elok lagi nak pakai sneakers.

dah kalau ada anak ni kan, sume je rasa nak pakai sama sama. tang kasut jela. baju tak boleh sebab ibu dah pakai jubah je sekarang. tunggu khalisah anak dara leh pakai jubah sama sama dan kasut tetap kena sama. MERAH tu wajib!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails