SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 20, 2015

khalisah dan tuala


khalisah ni boleh dikatakan ada satu habit setiap kali lepas mandi dengan tuala. lepas lap badan dan rambut khalisah akan sama ada suruh pakaikan tuala tu dekat badan dia, dia dah siap angkat tangan suruh pakaikan. atau dia akan amek tuala tu sendiri nak pakai tudung katanya. pakai tudung ala selendang dibawanya yang lebih tu ke belakang. rambut semua keluar ala mak datin pakai tudung.





tulah kerjanya kalau dengan ibu setiap kali lepas mandi. sibuk sangat nak pakai tudung, sampai nak pakaikan pampers pun berzaman tunggu dia berangan dulu. bagi tudung betul tak nak plak khalisah pakai.

ni dah masuk 2 tahun. dah siap ajar kalau orang tanya khalisah umur berapa, khalisah jawab 2 tahun tau. harap dia ingat. doa makan dah pandai baca sendiri cuma dua ayat akhir selalu lupa. selalu nak kena ingatkan. doa tidur pun dah pandai sebab pendek je.

sekarang tengah ajar khalisah alfatihah. harap harap khalisah ibu ni jadi anak bijak ye khalisah. ibu doakan. yang penting janganlah nakal sangat. nanti ibu tak reti sabar.

apa pun. ibu sayang khalisah sangat. khalisah kan anak ibu.

1 comment:

arysha_fayyadh said...

Assalam iera,
salam perkenalan yer
waaaaaaa...seksinya khalisah he3
nomei3
bebudak nak membesor memang banyak akai kan3
macam anak iols jugak tau3
pa pun kalo sudi jemputla join & singgah blog iols jugak yer :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails