SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, January 19, 2015

seminggu di SK Seri Indah


Assalamualaikum
harini mula bertugas di sekolah baru. SK Jelutong. jumaat haritu lapor diri dan diberi pengecualian sebab jumaat tu dah bekerja di SK Seri Indah dari pagi.

macam mana ye pengalaman cik zira di sekolah baru SK Seri Indah buat sementara hanya seminggu sahaja? alhamdulillah semuanya ok.

isnin sampai khamis datang awal. sebelum pukul 7 pagi dah sampai sekolah. orang awal sampai. gelap lagi. sekali hari last lambat sikit je pun. sampai 45 minit baru nak sampai sekolah. 7.30 baru masuk kelas. aduhai. sedih betul. sebab tu tak suka lambat kerja jadi kelam kabut.

hari isnin dan selasa cik zira gantikan cikgu bahasa inggeris yang berkursus. jadinya masuk kelas mengaja macam biasa. cik zira ni kalau relief pun akan mengajar ikut subjek yang direliefkan. memang takkan saja saja duduk suh budak diam je. itu bukan cik zira. relief setengah jam je kan. kejap je kalau mengajar.

lagilah ganti. memang kena mengajar. ajar english cik zira ok je. masuk kelas tahun 1 tahun 4 dan tahun 5. semua memang kelas kssr jadi tiada masalah. alhamdulillah. budaknya pun ok. takde nak melebih. melebih je terus teacher ni sound. ada ajar sains jugak tahun 1.

rabu sampai jumaat duduk di kelas pra. aja budak budak. perasaan? memula takut jugak sebab tak pernah. budak pra ni seawal sampai sampai ke pukul 12 memang kena bersama dorang. takde masa rehat. lepas pukul 12 nak rehat rehat lah. itu pun masa tu nak mencari bahan untuk hari esoknya.

alhamdulillah mengajar anak anak pra tu pun tiada masalah. masih dalam bidang kuasa cik zira. segala teknik dan kreatif otak cik zira gunakan untuk didik dorang. namun bila ada yang mengada ke buat perangai ke, memang kenalah dengan cik zira. ramai jugak yang kena tu.






harapnya walaupun 3 hari, dorang happy dapat belajar dengan teacher. lepas ni dah tak jumpa. harapnya lagu dan apa yang teacher ajar korang praktikkan k sayang sayang. lupa nak ucap selamat tinggal hari jumaat tu. semoga dorang ingat teacher garang ni.

pengalaman seminggu yang bermakna. walaupun sekejap je di SK Seri Indah namun tetap dijadikan panduan.

harini mula bertugas di SK Jelutong. macam di SK Taman Cendana, cik zira bertugas sesi petang. dah dapat jadual. mengajar dua kelas tahun 3 subjek english dan yang lainnya subjek PK beberapa kelas dan PJ satu kelas. tak pernah mengajar dua subjek tu. harap dipermudahkan. amin

jadinya, masa sehari selama 5 hari tu jumpa suamiku pagi sebelum dia pergi kerja dan malam jelah. berapa jam je. takpelah. nama pun bekerja. masak pun untuk makan malam sahaja. sebab tengah hari tak sempat dah nak keluar pergi sekolah. masak sarapan dengan nak bawa bekal pergi kerja jela.

rutin harini dah berubah. khalisah pun tak payah nak bangun awal pagi. tengah hari baru ibu hantar pergi umah dima maksu ngan mak long jagakan.

isnin sampai khamis keluar sekolah 6.30 petang. jumaat pukul 6 petang.

bermulalah khidmat bakti di SK Jelutong. rasanya akan lama di sekolah ini. semoga semuanya dipermudahkan. AMIN. sama sama doakan cik zira ye.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails