SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, January 18, 2015

menu tengah hari : nasi ayam


salam sayang semua
harini ahad kan. cuti lagi. ada yang kerja harini ada yang kerja esok. cik zira duk penang ni cutinya kembali pada sabtu dan ahad.

haritu masa cuti sehari masak dua kali. sekarang dah kerja nak cari waktu nak makan tu macam tak ada. sebabnya timing masa suami isteri tak sama dan tak berkesempatan nak makan sama sama. sabtu ahad jela boleh.

baiklah. harini buat ibu ibu yang buntu nak masak apa untuk suami dan anak anak. cik zira cadangkan masak nasi ayam je. senang. tak banyak lauk. buat pun senang. nasi ayam ni pun ada banyak nasi ayam. ikut cara masing masing yang memang anak anak suka sangat makan kan.



haritu masa temankan suamiku puasa, cik zira masak nasi ayam untuk berbuka. masak untuk dua orang je sekali makan terus habis, maka kena bajet masak sikit sahaja.







nasi ayam mesti kena buat nasinya. cik zira letak serbuk kunyit sket bagi nasi kekuningan. supnya. sosnya, sos kicapnya letak sos blackpepper bagi rasa best sket. dan yang penting ayamnya. kemudian salad dan tomato dan sayur lain yang disukai.



masak pun kejap je bila bahan semua dah ada. sebelum maghrib semua dah hidang atas meja. awal tu dengar lagi khalisah duk bebel bebel. sekali tiba tiba senyap. cari khalisah tengok dia dah tido bawah meja makan. anak oh anak.

1 comment:

suezen said...

tgh lapar ni zira!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails