SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, February 4, 2015

tugas di SK Jelutong


sekolah kedua posting. sekolah pertama SK Taman Cendana, Pasir Gudang dari 2010 sampai 2014. sekolah yang akan dikenang sampai bebila. sekolah yang sangat cik zira sayang.

sekolah sekarang berkhidmat bakti ialah SK Jelutong. cik zira mengajar bahasa inggeris pendidikan kesihatan dan pendidikan jasmani. bahasa inggeris tu memang bidang cik zira. yang pj dan pk tu pertama kali ajar. tapi alhamdulillah semua ok.

kalau sekolah lama mengajar english 3 kelas seminggu 30 masa sehari 6 masa. kat sini cik zira ada 28 masa termasuk perhimpunan. tapi faham faham jelah kan, kalau cikgu cikgu sesi petang ni akan bekejar nak makan, nak solat zohor dan asar. jadi masa rehat tu tak rehat sangat kan. belum masuk tanda buku buat kerja kerja pengkeranian semua.



tapi takpe. ini tugas cikgu zaman sekarang. kena buat dengan baik. sekarang dah ok dengan budak budaknya. cuma tegas tu masih. belajar pun takdelah serius je ada masa untuk senyum dan ketawa dan ada masa untuk serius dan fokus.

semoga segala urusan di sekolah baru dan sekolah yang akan berkhidmat lama ni dipermudahkan. cuma geng je tak dapat lagi. yelah ke kantin pun tak sebab bawa bekal. semua baik je cuma nak ada geng geng borak dan makan sekali macam masa kat SK Taman Cendana tu takde la kot. bawa lah diri sendiri.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails