SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 27, 2015

projek sains khalisah


subjek ekonomi rumah tangga khalisah dah pas dah rasanya sebab dah pandai masak pandai jemur baju lipat baju. hehe.

sekarang beralih pula kepada subjek sains. walaupun ibu tak suka subjek sains ibu harap khalisah tidak contohi ibu ye. ni nak cerita pasal projek sains khalisah. cerita ni cerita lama tapi baru nampak gamba nak cerita dalam blog merah ni.

adalah di satu tengah malam pukul 12 lebih. ibu masuk bilik air jap. sebelum masuk bilik air tu memang dah nampak khalisah ni duk kumpul semua tupperware ibu pelbagai saiz. sanggup panjat batu panjat meja nak dapatkan bahan bahan untuk projek sains bertajuk keseimbangan.




walaupun susunan khalisah tak ikut saiz namun menara tersebut kukuh dan berdiri teguh. mungkin sebab setiap tupperware tu ada pemberatnya. atas skali khalisah letakkan botol susunya sebagai simbol kejayaan projek yang telah direka khas olehnya.

dah nak sama tinggi dah khalisah dengan bahan projek sainsnya. bila ibu kata nak amek gamba terus khalisah pose sambil pegang menara dia tu. siap bergambar dan pamerkan sekejap khalisah kemas balik dan kembalikan sume tupperware ibu tu ke tempat asal. bagus anak.

ok. sekian sahaja cerita harini pasal anak dara cik zira nan seorang ini.

1 comment:

(-.-) said...

comelnya cik zira pakaikan seluar sampai atas pusat tuuu. hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails