SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, May 6, 2015

beriadah dahulu, kemudian melipat baju


sabtu baruni, ibu ngan babah bawa khalisah pergi beriadah dekat taman berhampiran dengan sk bukit gambir tu. taman tu besar dan bersih. nek moto sambil makan angin. khalisah seronok. budak manalah tak happy dapat pergi taman kan.

sampai je khalisah nak naik buai tapi penuh. dia main slide dulu. lepas tu dia ikut babah main tempat exercise yang untuk dewasa tu. semua dia nak cuba. yang tak sampai pun nak cuba jugak. lepas dah lama sket tu berexercise, tengok buai dah kosong terus main buai pulak. sekarang dah senang. khalisah dah pandai sendiri sume. naik buai sendiri, hayun sendiri. dah besar dah katakan anak ibu ni. senang kerja ibu.





nak dekat maghrib tu, ajak khalisah balik. ibu nak goreng mee. khalisah cakap nanti datang lagi. lenkali datang bawa basikal pulak khalisah boleh kayuh jauh sket. kalau tak dalam rumah cinonet ni alahai sian khalisah tak puas kayuh basikal.

balik rumah, lepas maghrib, khalisah tolong ibu lipat baju pulak. kuarkan baju dari hanger dari sepit bagi dekat ibu lepastu tolong lipat sekali.

jangan tak tahu, anak dara cik zira ni kerja umah memang sangat rajin. khalisah suka tolong ibu. ringan sikit kerja ibu.




ha, ada sesapa nak cop jadi menantu tak ni? hehe


p/s : seluar track comel khalisah tu ibu belikan dekat uptown bayan baru. sehelai rm5 je. belikan dua untuk khalisah. nanti kalau kat sekolah ada sukan ke, boleh pakaikan. comel plak tengok khalisah pakai suar sukan tu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails