SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, May 4, 2015

esok khalisah masuk sekolah


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. harini hari last cuti 4 hari. yang mana yang ada kat kampung tu mesti sedih sebab dah nak kena balik tinggalkan yang tersayang di kampung. takpe ye tak lama lagi cuti sekolah lagi. time tu giliran khalisah pulak balik kampung. yay!

harini khalisah boleh nak enjoy lagi. esok khalisah dah nak kena gi sekolah. harap khalisah oklah hari pertama esok ibu hantar lepas tu ibu pergi kerja. harini ibu jumpa gubeso sekolah khalisah, tadika sinar ayu minden heights untuk setelkan yuran dan nak tahu apa yang nak kena bawa esok.

khalisah dah datang sekolah tu kames lepas. masuk je sekolah terus main dekat taman depan sekolah tu. khalisah suka naik slide. dahla tinggi gerun ibu tengok. lepas tu nangis kejap tengok ibu takde, lepas tu ok main toys dengan kawan kawan sebaya khalisah tapi 3 orang lelaki. ajak balik tanak balik. nak sekolah situ katanya.

bila ibu cakap takde duit nak bayar sekolah ni. ini khalisah jawab, "cepatlah ibu gi bank amek duit bayar sekolah isha"

alhamdulillah. harapnya khalisah happy kat sekolah tu nanti. dapat belajar banyak benda baru. kawan kawan pun ada. cuma ibu harap sangat khalisah tak garang dan tak cari gaduh dengan anak orang. tu yang paling ibu risaukan.

masa cik zira pergi sekolah tu kames lepas, cik zira tengok jugak suasana situ. tadika ni dah lama dah. gubesonya, pn lily. kelas ni ada 3 kumpulan. kumpulan anak anak 5-6 tahun. kumpulan anak anak 3-4 tahun dan kumpulan anak anak sebaya khalisah.

kalau fully day care termasuk belajar dari pagi sampai pukul 6 petang RM380. half day care rm280. termasuk makan 3x semua. kalau ada tambahan waktu ada cas tambahan. dalam satu kumpulan tu pun tak ramai. tak sampai 10 orang. ramai melayu.

tahun ni sebab khalisah kecik lagi baru 2 tahun, jadi ibu hantar khalisah separuh hari dulu. kang pagi pagi khalisah takde ibu rindu nanti. tahun depan umo 3 tahun baru ibu hantar khalisah sekolah dari pagi.

tolong doakan semoga dipermudahkan urusan khalisah ye. nanti esok dekat sekolah mesti risau je ingat dekat khalisah. harap semua baik baik je.



sekarang ni, selalu fikir, dah besar dah khalisah. dah anak dara dah. dah nak sekolah dah. tak puas lagi ibu nak peluk cium anak ibu sorang ni. semua ibu ada naluri macam ni kan. sindrom mak mak betul.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails