SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, July 28, 2015

kisah raya 2015


macam cik zira pernah cerita dalam blog ni sebelum ni, tahun 2015 ni, tahun pertama dalam hidup cik zira sambut syawal bukan di rumah atok di JB. 29 tahun Allah pinjamkan hidup, kali pertama beraya di perantauan. eceh!

macam mana rasa?

sangat sangat berbeza. suasana petang malam dan pagi raya tu sangat lain. yelah, memang setiap tempat lain caranya kan. adatlah dah berkahwin kenalah gunakan sistem bergilir tu. cumanya masa masih duk di JB dulu, kitorang memang tak raya sama suami isteri, masing masing beraya dengan keluarga sendiri.

kalau di JB, petang raya dah sibuk bertukar juadah raya untuk berbuka puasa last. malam raya maghrib tu berbuka lauk raya dah. mewah juadah. pagi raya plak nanti tokbik khalisah dah masak makanan raya lain pulak. seronok sangat. solat jemaah tahlil ramai ramai kat uma atok sebab semua berkumpul.

memang teringatlah sangat sangat. suasana lain kan.

tapi takpe, pengalaman pertama kali beraya di penang dengan suami. lainnya sebab dapat beraya dengan suami dan femly belah suami lah.



taknak fikirkan sedih sangat. aim nak cepat cepat balik raya dekat JB je jumaat malam tu. bagi setel semua yang di penang. hehe. baju beg semua dah packing awal awal. hari isnin lagi dah pack. semangat kan?

yelah, tahun ni sehari pun tak dapat berbuka di JB. rindu tau. sebab tu bila dapat balik raya pertama malam tu, terujanya lain macam.

next year? kalau dipanjangkan umur Allah bagi jumpa ramadhan dan syawal lagi sekali, plan baik punya sebab tahun depan semua akan beraya uma atok. In Sha Allah.



salam syawal buat semua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails