SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, September 16, 2015

lauk bila tahu sayur dah habis


ada satu hari tu, bila nak masak, baru teringat yang sayur sume habis licin. biasa kan memang masak dua lauk. satu lauk ayam, udang, sotong, daging atau ikan. satu lagi wajib sayur. kalau rajin atau malas gantikan dengan telur dadar. rajin telur dadar tu jadi lauk ketiga la. kalau malas telur dadar lauk kedua je.

oleh sebab sayur takde, tengok lagi apa yang ada. jadi ada tauhu kering dengan suhun. tambah kan bebola ayam. buat clear soup je. secukup rasa. jadi bila ratah je pun dah sedap. makan dengan nasi pun bertambah cik zira.



CARA:
1. tumiskan bawang putih dihiris, bawang besar dihiris, halia, 2 batang cili padi ditumbuk sket dan serai ditumbuk sedikit.
2. bila bahan tumis dah agak garing sket, masukkan air sedikit dulu. rebuskan sekejap, masukkan kiub ayam sedikit gaul rata bagi sebati.
3. masukkan air sebanyak mana nak sup tu. rebuskan lagi.
4. masukkan garam secukup rasa. cik zira pun tambah sket maggie cukup rasa.
5. masukkan bebola ayam. suhun dan tauhu kering yang dah direndam bagi kembang. gaul
6. siap

ni tak pedas jadi khalisah sukalah makan. cuma awal masa suap tu dia pelik kenapa mee makan dengan nasi. suhun tu kan macam bihun. pelik sekejap khalisah.

nilah jadinya bila sayur dah habis. kena cari bahan masak lain untuk dijadikan lauk kedua.

bebola ayam tu cik zira guna brand Farm Best. rebus cicah sos sedap. goreng pun sedap. buat sup pun sedap. lain sketlah dari bebola ayam biasa tu.


p/s mesti ada cakap alahai resipi tutup mata macam ni pun nak share kan. hehe. habis tu sume yang cik zira masak memang sume resipi tutup mata. sediakan bahan. bahan pun tak susah memang sume yang kebiasaan ada kat dapur tu, masak pun dua lauk tak sampai pun 20 minit dah siap. kotla ada adik adik duk asrama ke rumah sewa ke baru nak blaja masak ke kan, bolehlah guna pakai resipi resipi tutup mata pun boleh masak yang cik zira share dalam blog ni k.


1 comment:

cik chinta said...

kdg2 org baru kawin berguna ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails