SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, September 30, 2015

Ratu Kemerdekaan


"habislah zira ni. kekal dan sampai berpencen lah dapat best dress je."
siap ada cikgu cikgu cakap gitu padahal baru dua kali je. hehe

haritu cik zira ada cerita kan, dinner SKJ bertemakan 'biru silver' cik zira menang best dress, Queen of the Night berbekalkan Tamara Dress dari anggunzara yang betul betul kena dengan tema! dapatlah bawa balik sejambak bunga palsu dan paling best ferrero rocher sekotak. seronok!

dan seminggu lepas tu, ada plak sambutan penutupan kemerdekaan peringkat sekolah. bila tahu je cikgu cikgu ada tema pakaian dan ada hadiah lagi, terus suka. cik zira ni kalau siapa folo blog dari dulu, memang teramatlah suka kalau ada pakaian bertema ni. sangat suka. cakaplah tema apa je, memang ada jela baju koleksi sendiri yang akan ikut tema. katakan saja. eceh!


antara guru sesi petang yang ada


tema untuk penutupan kemerdekaan tu tema warna jalur gemilang. putih merah biru dan kuning. berdasarkan 4 warna tu. cik zira ikut jela, pakai baju kebaya songket putih, tudung syria kuning mustard, inner tudung merah dan biru. kasut merah. simple je. tapi ada la keempat empat warna bendera tu.





yay. memang Ratu Kemerdekaan lagi gelaran diberi. diselempangkan macam ratu tau. siap ada crown lagi. paling best dapat coklat kit kat yang mahal sebab kotak cantik tu. mana tak happy. balik rumah terus bagi tahu khalisah ibu menang lagi dapat coklat. ferrero rocher pun dah habis. memang eloklah dapat kit kat pulak.



haisy, kalau beginilah bestnya dapat hadiah coklat dekat SKJ ni, memang setiap kali ada tema cik zira ikut tema. mana tahu nasib baik lagi kan.

macam tagline cik zira, "tak pernah bertuah untuk cabutan bertuah tapi selalu bertuah untuk pakaian terbaik." syukur.


P/S nasib baik kebaya songket putih tu muat lagi pakai. bonus lah dapat ratu merdeka sebab pakai kebaya songket putih

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails