SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, November 26, 2015

IVORY NASI KUKUS


Pernah makan kan nasi kukus ayam rempah? Cik zira dulu masa duk jb biasa je nampak menu ni tapi tak pernah pun nak cuba. Tapi bila dah dekat penang ni baru pertama kali cuba.

Apa rasa? SEDAP!



Nasi kukus. Kuah ada dua jenis dua dua bila campur bagi banjir tu peh, sedap nya! Sambal yang memang pedas menambah rasa lagi bila digaulkan dengan dua kuah tadi dan nasi. Nenas potong yang masam manis pulak memang pelbagai rasa dalam satu suapan ke mulut tu. Dan tak lupa ayam berempahnya yang memang garing cukup rempah dan dimakan dengan nasi dan kuah sambal nenas sume tu.

Terbaik!

Korang kat penang kalau tercari cari mana nak dapat nasi kukus ayam rempah ni, bolehlah start enjin terus ke plaza ivory yang tempat syurga makanan terutama untuk budak budak usm. Kedai IVORY NASI KUKUS ni belah belah hujung dekat surau tu.

RM6 sahaja sebungkus dan kalau korang makan sebungkus gerenti kenyang berjam jam sebab memang cukup nasi lauk dan ayam tu.

Pastu kalau makan tu jangan lupalah hashtag #ivorynasikukus k.

Cuba dulu baru tahu sedap tak sedap =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails