SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, November 18, 2015

seronok sampai tertido


sabtu tu, kitorang gerak ke ikea pagi-pagi pukul 9 lebih. sarapan di ikea. ramainya. tapi nasib baik dapat meja hujung sekali dekat pintu. nak amek makanan pun lamanya. tapi puas hati sebab selama ni dengar tengok gamba je. dapat jugak rasa meatball ikea tu. chicken ball, pasta chicken wing kek. sarapan pagi tu puas hati sebab tahu bila masuk dalam lama nanti.

khalisah lah yang paling excited. dia masuk sume ruang. macam pergi beraya dari rumah ke rumah. khalisah teruja sangat. siap main masak masak setiap kali jumpa dapo. jumpa ruang mendobi dia basuh baju.

ibu dengan cik jeri ikut je mana khalisah pergi. dekat tingkat atas tu la masa paling lama kitorang habiskan mengikut khalisah.



masa tengah beratur nak bayar tu khalisah dah tak larat. dia tido dalam troli. tapi sekejap je, nak masuk kereta khalisah dah bangun minta susu. 3 jam jugaklah kitorang berjalan dalam tu. nasib baik dah ada list nak beli apa. tapi banyak dalam list tak boleh beli sebab bawa myvi je kan. banyak beli yang kecik-kecik.

akhirnya hasrat nak ke ikea tercapai. cepatlah buka kat penang pula. konpemla cik zira setiap minggu ke ikea. nak jadi personal shopper ikea pun boleh. hehe

best.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails