SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 6, 2023

Dandy Modern Food Queensbay Mall

Selalu sangat pergi Queensbay Mall lalu lalang je depan kedai cantik ni. Tak pernah rasa nak cuba sebab takut kang kedai je cantik tapi masuk kang makan keciwa. 

Tapi ada sehari tu teringin nak cuba. Cik zira ni seorang yang kalau nak cuba sesuatu akan buat research dulu. Tengok dekat IG, tengok menu sume. 

Jadi haritu tu keluar lepas Pos bajuarabkhredshop, cik zira khalisah dengan khaliq pun masuk lah Dandy ni. Cantiknya lahai kedai dia. Sesuai sangat nak lepak santai amek gamba. 

Haritu kitorang tiga tiga order pasta. Sebab nak try pasta dekat Dandy Modern Food ni. Ni yang kitorang order:
πŸ§‹iced chocolate RM15.50 ⭐️⭐️⭐️ (sebab cawan kecik, sekejap je sedut habis hehe)
🍝 chicken aglio olio RM25.50 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ (ni khalisah punya memang rasa aglio olio dia tu simple tapi berasa sedap cukup masin rasa sume. Hirisan ayam plak beso beso dan banyak)
🍝 chicken and mushroom fettucine RM28 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ (ni oder untuk khaliq tapi sama sama habiskan sebab banyak sungguhla. Rasa dia creamy yang sedap yang tak muak. Ayam pun banyak mushroom pun banyak. Untuk anak anak wajib order ni tapi share sebab banyak)
🍝 spicy garden pasta ⭐️⭐️⭐️⭐️ (cikzira order yang ni, bagi 4 bintang sebab rupanya ni untuk vegetarian patut nama garden sume flora. Tapi rasa pedas dia rasa masin sume cukup)

Spicy Garden Pasta

Iced Chocolate 

Aglio Olio add on chicken slice l

Creamy Chicken & Mushroom Fettucine


Portion sangat besar tau korang. Nampak macam sket kan, tapi jenuh jugak nak perabih. Tapi jujur kata berbaloi dengan harga sebab portion beso. Nanti nak repeat. 

Ada yang kata nasi arab kambing pun sedap. Nanti boleh try. 

Dandy Modern Food ni ada 2 cawangan dekat Penang ni tau. Satu dalam Queensbay Mall ni satu lagi tak silap cik zira dekat belah Bayan Baru. 

Ada Sijil Halal jadi jangan risau boleh makan tanpa rasa was-was. Kedai cantik dan sangat bersih. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails