SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, March 21, 2023

Restoran Halal di Hatyai

SARAPAN HAMID RESTAURANT HALAL

Hari pertama cik zira di Hatyai, cik zira 4 beranak check in di Centara Hotel macam yang cik zira share dekat post sebelum sebelum ni. 

Cik zira book hotel memang tak sekali breakfast sebab memang nak keluar cari sarapan sendiri. 

Jadi, pagi tu taklah pagi sangat dalam kul 10 macam tu cik zira dengan khalisah turun hotel tu jalan kaki sket je ke Hamid Restaurant Halal 2 minit je turun Centara Hotel tu. 

Hamid Restaurant Halal ni memang femes sangat dekat Hatyai ni. Orang Malaysia memang sume makan sekat situ kalau taknak makan dekat bazar bazar. 

Kedai ni buka dari sarapan lunch sampailah ke dinner. Dahla menu banyak macam macam ada, korang oder jelah nak makan apa. Harga tu harga standard restoran tau, jangan expect harga mur mur hehe

KLIK SINI UNTUK VIDEO

Ni yang cik zira order: 

🍹jus tembikai RM7.70

🍹jus oren RM7.70

🍱 nasi lemak sambal ayam RM8.80

🍱 nasi lemak ayam goreng RM11.40

🍝 fried beef kuey teow + telur mata RM12 - yang ni sedap sangat wajib order tau✅

TOTAL SARAPAN DEKAT HAMID RESTAURANT HALAL RM60

Portion dia ok, sesuai sangat nak makan time lapa bagi habis. Rasa pun sedap, sesuai kalau korang taknak makan sarapan bufet nak makan 1 hidangan je. Boleh lah pergi Hamid Restaurant Halal ni tau.

DINNER DI KAITOD DECHA

Hari kedua, cik zira check in pulak dekat Monkham Village Hotel. Disebabkan malam malas nak ke bazar ke semua kitorang decide makan dekat Kaitod Decha. Kedai ni pun femes jugak dikalangan orang Malaysia kalau datang Hatyai konon wajib datang makan dekat sini. Dia tutup awal jam 9.30 malam.

KLIK SINI UNTUK VIDEO

Kitorang oder ni

🧋milo ais manis sangat, nescafe O ais, limau ais RM3.80x3=RM15.20

🍚 3 pinggan nasi RM5.70

🌮 telur bungkus RM15.40

🍲 sup ayam RM16.50 - masin betul sup dia

🥩 daging masak merah RM19.20

🦑 sotong goreng tepung RM19.20 - out betul tak sedap, tepung angin, sotong dalam tak masak❌

TOTAL DINNER DI KAITOD DECHA RM91.50

Pada pandangan jujur cikzira, kalau makan dekat kedai tomyam dekat negara kita lagi berbaloi dan sedap. Sini makanan dia biasa biasa je tak rasa sedap pun. Tapi servis memang laju, orang ramai pun makanan sume dapat awal.

Ok, sekian sharing cikzira untuk list jjcm Hatyai. Kot lah korang tengah survey makanan halal dekat Hatyai nanti kan❤️ 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails