SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 17, 2023

Dinner di Secret Recipe

Semalam cikzira last ganti puasa. Budak dua ketul ni pun takde mengaji hari rabu. Jadi, lepas maghrib bawa pergi dinner dekat je, dekat Secret Recipe Egate tu je.

Sebab cikzira tengok ada promotion RM39.90. Tapi kena install apps Secret Recipe dulu, daftar membership barulah boleh claim voucher ni. Nak guna hari-hari pun boleh tau sebab expired sampai hujung bulan ni. Kiranya boleh redeem voucher setiap hari. Voucher yang dah guna tak boleh guna dah.

Tapi ada terma dan syarat. Kena order makanan yang dalam list sahaja tau. Jadi cikzira order blackpepper chicken with rice + assam laksa with mackerel lepastu 2 iced plum lime juice untuk promo rm39.90 tu.










Tak cukup set tu, cikzira order jugak curry mee RM18.10 dengan wajiblah choc indulgence cake tu 1 potong RM13.12 dah sekarang harganya. Dulu-dulu zaman belajar baru berapa je sepotong tu. 

macam assam laksa dengan curry mee tu pertama kali order sebab selalu kalau makan dekat secret recipe order vietnam beef noodles tu. Sedap jugak menu dua tu. Nanti boleh order lagi. 

Korang, apa tunggu lagi. Nak makan harga promo ni, cepat daftar member dan save voucher order dan scan masa bayar tau. Jimat lah sket. Selamat menjadi selera di Secret Recipe☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails