SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, August 30, 2023

Supreme Kingdom Fun Park Melaka

Tadi pagi sampai je dari JB terus ke SPA City Mall yang terletak di Pusat Industri Cheng sebelah je dengan NSK. Bawa khalisah dengan abdul khaliq pergi main dekat Supreme Kingdom Funpark yang baru je sebulan beroperasi. 

Sampai tu dalam pukul 11 lebih orang tak berapa damai lagi. Masa kitorang nak keluar pukul 2 petang orang dah ramai beratur nak masuk dekat dalam pun dah ramai. 

Harga tiket untuk cuti sekolah RM39.90 untuk kanak-kanak umur 3 hingga 12 tahun dan RM10 untuk dewasa sebagai penjaga. Total kitorang bertiga masuk tadi RM89.80. Wajib pakai stokin yang antislip tu tau. Nasib kitorang 3 dah ada. Kalau takde kena beli RM7 sepasang ada jual dekat situ. 


























Tempat parking luas senang. Toilet pun ada dekat luar tu kalau taknak atas boleh guna tingkat bawah. Nak makan ada je jualan gerai kecik kecik depan tu boleh beli makan dekat situ sebab dekat dalam tak boleh bawa makanan. 

Tempat sangat luas banyak sangat permainan yang ada. Pendek kata kalau bagi anak-anak main 3 jam pun pus hati. Lagipun tempat baru buka jadi semua masih elok. 

Abdul khaliq puas main 2 jam dalam tu. Tu pun tak semua dia main sebab terlalu besar dan terlalu banyak games ada dalam tu. 

Orang Melaka yang belum pergi tu, bawalah anak-anak korang datang sini sebab memang puas hati dan berbaloi lah dengan harga tu sebab tempat sangat besar. 

Jadi, apa tunggu lagi! Cuti sekolah masih ada beberapa hari lagi ni. Cepat pergi Supreme Kingdom Fun Park Melaka. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails