SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, October 7, 2023

I Am Geprek Bensu Bandar Perda

 Tengah hari tadi cikzira dengan khalisah pergi makan dekat I Am Geprek Bensu Bandar Perda. Kedainya sederet Guardian dengan 7 Eleven. Nak parking pun senang. 

Ada banyak set pilihan nasi putih, nasi goreng limau dan indomie dengan ayam dan sambal.

Masa order tu, adik lelaki yang amek order tu garang betul lah. Takut cikzira nak oder pun. Muka masam cakap garang. Nasiblah nak makan jugak dekat situ. 



Untuk khalisah, oder Paket Go Bujang. Nasi putih + ayam goreng rangup + sambal + teh O ais RM9.90.

Untuk cikzira, oder Paket Nasi Goreng Daun Limau Ayam Geprek RM9.90 yang ni takde air.

Untuk ayam dia memang terbaik, digoreng dengan padu sekali. Kulit tu rangup betul isi ayam pun masak elok. 

Untuk sambal tu tak pedas dia pun tak tanya nak level berapa ke apa ke. Jadi pasrah je oder hehe. Dan sambal tu sikit sangat tak puas makan. Nasi goreng daun limau tu sedap jugak rasa dia makan dengan ayam goreng n sambal tu. 

ada jugak sup percuma dan kicap boleh amek sendiri dekat meja yang disediakan. 

Oklah best makan dekat sini cuma adik staf tu garang😅

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails