SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 16, 2024

JJCM JB : ADS Corner Kebun Teh

 pergi makan dekat tempat dekat je dengan rumah atok ni, ADS corner dekat kebun teh je. tengok IG macam sedap juadah hidangan masakan kelantan. 

jadi, pergilah dengan abdul khaliq nak cuba. sampai sampai kedai penuh. dalam hati cakap sedaplah kot ni. kedai cantik standard cafe cafe. 

cikzira buh gamba apa yang cikzira order, korang baca caption dekat setiap gambar eh. 

tapi servis staf ok sebab nak minta tambah ais dia ok je minta tapau semua ok. 

Nasi Kerabu Daging Bakar RM14.90
nasi telur masin keropok ok
sambal sikit sangat, sayur pun sikit betul
serunding tak bes, daging pun tak best
tak rasa nikmat makan nasi kerabu😔

Perut Bakar RM20
tak tahu macam mana boleh jual macam ni
perut lembik berminyak sangat sangat
rasa kicap semata
cicah sos dengan sambal pun tak kena 
try makan dengan nasi kerabu pun tak kena
sedihhh sebab tak murah pun harga
tapi rasa teruk sangat banding tempat lain jual

Roti Bakar Kaya & Butter RM4.90/pinggan
takde yang istimewa kadang pergi kedai kan
macam rasa sedap lah lain dengan buat sendiri
tapi yang ni tak
selalu abdul khaliq makan dua pinggan habis
ni sepinggan pun jenuh nak habiskan
sepinggan lagi tapau

sirap ais RM1.50, lemon ais RM5
air ok 

STATUS ADS CORNER KEBUN TEH : menyesal pi makan, taknak repeat❌

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails