SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, September 18, 2024

JJCM JB : Jibril Johor

 Setiap kali balik JB pergi larkin nak pergi Loaf Adam akan lalu lah depan Jibril ni. Kedai unik kan sebab ada rak buku tak tahu mana satu pintu nak masuk. Nampak mewah tu takut nak masuk makan situ. Rupanya lepas tengok menu, takdelah semua mahal mahal. Ada je harga standard cafe. 

Disebabkan tengok ada Promo Hari Malaysia ada selected menu RM16.90 jadi kita cuba. Abdul Khaliq pun request nak makan Jibril sebab nak buka pintu rak buku tu, ha ok jom!

Masa sampai kena tunggu dulu sebab dalam penuh. Tapi tunggu tak lama duduk dekat kerusi yang disediakan dekat depan kedai. 

Masuk masuk je wahhh macam masuk restoran mewah dengan lighting romantiknya. Staf semua pun baik baik. Customer pun ramai yang keluar yang masuk yang tunggu. Tingkat atas pun boleh makan cumanya tangganya seram tengok. Nasib kitorang dapat meja dekat bawah je. 

Ni apa yang cikzira 3 beranak order, korang baca caption dekat gambar macam biasa tau:

Salted Egg Butter Fish
Promo Hari Malaysia
RM16.90

Nasi putih ikan portion besar
rasa buttermilk tu sedap pedas pedas
tak muak, makan dengan nasi putih sedap
sepinggan tu licin makan memang kenyang

Spicy Aglio Olio with Chicken
Promo Hari Malaysia
RM16.90

Spaghetti banyak, isi banyak
portion memang besar
rasa pedas tapi taklah pedas sangat
masin semua cukup

Salted Egg Ayam Kunyit
Promo Hari Malaysia
RM16.90

nasi + ayam + sambal banyak
memang portion besar kenyang makan
ayam tu goreng kunyit pastu salut salted egg

Honey Lemon Iced
RM6.90

Mineral Water & Ais
RM3.90/botol


portion makanan semua banyak kenyang makan. aglio olio tu spaghetti banyak isi banyak tak kedekut. Rasa pedas masin sume cukup. Nasi pulak memang nasi mangkuk besar portion nasi tu betul betul banyak puas hati untuk orang yang jenis makan nasi banyak macam kitorang. Lauk pun banyak sesuai dengan portion nasi. 

Kiranya Jibril ni bukan gah sebab kedai mewah je tapi makanan sume pun berasa sedap bukan ada macam ada restoran masuk masuk makan tapi taknak makan dah. Jibril ni ok. Dan killer menu dekat sini memang salted egg buttermilk tu. Wajib order!

STATUS JIBRIL JOHOR : sedap. Boleh repeat✅

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails