SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, September 20, 2024

JJCM Penang : Khrua Thai Cafe Penang

harini berdua dengan farah kitorang lunch di Khrua Thai Cafe. Kedai ni dekat Jalan Pintal Tali, Ropewalk Piazza Hotel. bertentangan dengan Perangin Mall. 

Masa kitorang sampai dua kali pusing takde parking memang parking sangat sangat susah ya sini. giveup! park dalam perangin mall panjat sampai tingkat 5. fuh, tinggi betul. pastu turun perangin mall jalan kaki lintas lampu trafik nak gi makan. agak mencabar ya.

kedai dia kecik comel je. jangan risau, owner kedai orang kita, muslim. makanan semua masakan ala thai. masa sampai ada satu meja customer. kitorang meja kedua. 

rasanya kalau ramai customer servis akan lambat sebab mungkin chef sorang yang sediakan semua makanan. tapi takdelah lambat sangat sangat cuma masih perlu menunggu. 

ni apa yang kitorang berdua makan. macam biasa, baca caption di gamba eh:

Fried Squid with Garlic RM25
guna sotong betul, tepung garing rasa garlic sedap
salad fresh, sos pun sedap masam pedas
portion cukup cukup untuk 2 orang makan


Chicken Tomyum RM25
rasa kuah tomyam sedap masam pedas kick
tak masin sangat tapi ok sedap
isi ayam dan cendawan portion kecik

Telur Dadar RM3
cukup berminyak dan masin
memang style telur dadar siam

Nasi Putih Big RM9
makan berdua ya licin!

Caramel Milk Iced RM11.90


STATUS KHRUA THAI CAFE : sedap berasa makanan tu. servis lambat sikit. harga standard cafe cuma untuk kitorang dua makan banyak nasi sorang 2 pinggan portion tu macam cukup cukuplah. REPEAT? kena fikir sebab parking susah😅

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails